Mungkinkah Setiausaha Politik Tun Bekerjasama Dengan Najib?


Meh kita cerita secara terbuka. Secara logik. Tanpa motif atau sebarang agenda. Kita cerita mengikut fakta yang sedia ada. Awan gelap sudah beredar bagi ramai pemimpin UMNO (seperti dikatakan Zahid) yang sebelum ini dibelenggu kemelut perbicaraan profil tinggi. Pemimpin UMNO seperti Najib, Ku Nan, Zahid, Azeez Rahim, Isa Samad dan yang lain sudah pasti akan melepaskan angin kelegaan kerana tidak lagi berada di dalam ‘danger zone’.

Perikatan Nasional ni memang langkah bertepatan untuk mereka-mereka yang dalam proses perbicaraan kerana rasuah dan penyelewangan wang. Kes utama yang dilidah dan minda orang ramai ialah kes 1MDB. Kes yang menjadi berita sensasi banyak portal berita dunia ini juga telah dibukukan (Million Dollar Whale) yang menjadi international best-seller. Skandal antarabangsa ini (yang disiasat Department Of Justice di US) telah menggoyang stabiliti kerajaan Barisan Nasional sehingga jatuhnya regim Kleptokrasi di PRU14. Di tengah-tengah skandal ini, 2 nama utama sering diperdengarkan. NAJIB dan JHO LOW. Kes ini sudah pastinya akan mengakibatkan Bossku masuk penjara. Bossku perlukan Masterplan untuk melepaskan dirinya dan proksi cinanya Jho Low.


Kerana Perikatan Nasional kini berkuasa mengantikan Pakatan Harapan dan UMNO memegang majoriti kerusi dalam perikatan ini maka ianya logik yang tuduhan-tuduhan profil tinggi ini boleh ditolak tepi jika mahu. Walaupun Doktrin Pengasingan Kuasa dalam kongkongan Rule Of Law tidak membenarkan pihak EXECUTIVE bercampur tangan dengan apa-apa yang terjadi dalam proses kehakiman iaitu puak JUDICIARY, pekara sebegini di Malaysia, bisa diatur.

Soalan yang harus ditanya semua ialah, siapakah akan untung besar jika Langkah Sheraton menjadi? Azmin? Tak juga. Muhyiddin? Mungkin sikit. Najib? Untung Besar kot sebab tak masuk penjara. Zahid? Ofkos. Bukan je tak masuk penjara tapi mungkin jadi Timbalan Perdana Menteri kot.

Pada hari Langkah Sheraton sedang berlaku, Najib pada masa tu kalau ikutkan posting laman media sosialnya sedang berjumpa rakyat di Pekan.


Dia berlagak seperti krisis politik semasa ini tidak takde kena mengena dengan dirinya yang mak ai suci. Kecuali semasa ke Istana Negara jumpa YDPA beliau tidak hadir dimana-mana mesyuarat rahsia atau belakang pintu. Dia berlagak seperti SEMUA yang terjadi tidak langsung kena-mengena dengannya. Bossku memastikan yang tiada bukti beliau ada kena-mengena dengan Langkah Sheraton. Tapi salah seorang penasihat kanan Najib yang ditemui baru-baru ni dengan angkuhnya mengatakan yang semua ini (Langkah Sheraton dan pelbagai lagi langkah) adalah sebenarnya dalam Master Plan Najib and Co. Kudeta terhadap Pakatan Harapan ialah idea Najib? Mungkin sebab logik jugak sebenarnya.

Zahid Mat Arip dulu balaci Isa Samad. Isa Samad balaci Najib. Zahid Mat Arip menggunakan nama Tun (kerana dia Setiausaha Politik Tun) untuk menjalankan agenda Perikatan Nasional. Zahid Mat Arip ni pun jadi ahli PPBM selepas UMNO. Logik juga jika dia ni masih setia kepada UMNO walaupun dipecat. Perisik ke dia ni? Seorang agen yang dihantar masuk PPBM untuk memecah belahkan parti tersebut? Atau menjalankan agenda UMNO dalam PPBM? Dono la aku.

Semalam Najib buat statemen yang menimbulkan banyak soalan. Beliau kata perancangan untuk Perikatan Nasional ni dah berbulan lamanya. Kalau tak terlibat, macam mana Bossku boleh tahu tentang perancangan ni dah berbulan lamanya? Sekarang sebab komplot dah berjaya, Bossku dengan berlagaknya berkongsi macam mana dia dah tahu komplot ni dah lama dah. Ini memang tipikal perangai mastermind egoist. Bila pelan dah berjaya mereka akan ambil kredit sebab nak kasi tahu dunia dia pandai. Yeh Yeh Najib Pandai..Yeh Yeh (mungkin dalam hati dia)


So persoalannya Bossku bincang dengan siapa? Zahid Mat Arip ke? Masterplan nak gunakan Azmin dengan Muhyiddin ke? Pelan nak lepas kan diri dan lepaskan Jho Low ke? Korang jawablah sendiri.

Post a Comment

0 Comments