PERPADUAN MELAYU RETAK SERIBU. SALAH SIAPA NI?



Sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan, perkataan DAPig tu dah jadi sinonim untuk Strategi Perpaduan Melayu. Merata kita dengar DAPig dan pelbagai variasi hinaan yang berkaitan dengan statemen DAPig. Dibuat pulak kartun macam mana DAP akan memberi anjing-anjing Pakatan Harapan arahan dan makanan. Apa-apa yang diarah DAP dibuat oleh komponen Pakatan Harapan tanpa soal. Malah menurut ‘mereka’Tun pun sebenarnya haiwan belaan DAP yang sentiasa menurut perintah. Itulah sentimen yang digunapakai UMNO sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan berkuasa.

Naratif perkauman UMNO ni membawa kesan positif kepada pembenci dan para racis tapi mengundang kesan negatif kepada ideologi demokrasi. Ada diorang kisah? Naratif ini diterapkan dalam dinamik sosial masyarakat Melayu setiap hari tanpa mengalah. Seperti air melanggar batu, lama-lama kekukuhan Pakatan Harapan berderai dan pecah seribu. Ramai yang menyalahkan Tun. Tapi sebenarnya kebencian inilah yang menjadi ‘ibu roti’ kepada komplot Langkah Sheraton yang didalangi Azmin Sodom dan Mooyiddin Yassin. Maka setelah kurang dua tahun kerajaan Pakatan Harapan memimpin negara ianya jatuh kerana orang Melayu benci DAP. Benci Cina. Benci bangsa-bangsa lain.

Bila ditanya kenapa benci DAP dan kenapa benci sangat kaum Cina? Jawapannya sebab Cina nak ambik semua dan nak melemahkan kaum Melayu.
Bila ditanya ada rumah ke? Jawapannya ada. Ada kereta ke? Ada. Ada tanah ke? Ada dua bidang?
Bila ditanya bila Cina nak ambik rumah, kereta dan tanah-tanah engkau? Takde jawapan…
Bila ditanya macamana Cina sudah lemahkan Melayu? Masih takde jawapan.

Langkah Sheraton membuktikan yang sentimen perkauman adalah senjata paling reaktif dalam medan peperangan politik di Malaysia. Polisi pembangunan rakyat, misi menyelamatkan ekonomi negara, pemerkasaan komuniti kurang bernasib baik atau membanyakkan lagi peluang pekerjaan TIDAK akan memenangi sokongan Melayu. Sentimen kebencianlah jalan yang paling strategik yang AKAN mendapat sokongan Melayu. Kebencian terhadap komuniti Cina.  Polisi Perpecahan Rakyat ini akan direkodkan dalam sejarah sebagai metodologi paling efektif dalam mendorong Melayu untuk bersepadu dalam menentang ‘musuh’ mereka. Wee Ka Siong dan sekerat dua bangsa lain pun hanyut dengan aliran fikiran sebegini kerana ingin berkuasa semula tanpa mengira kos.

Maka DAP pun ditolak keluar bersama kerajaan Pakatan Harapan. Perkauman menang besar dan perpaduan dipadam langsung dalam minda mereka. Selogik-logiknya Melayu seharusnya kini bersepadu kerana kerajaan yang dibentuk setelah sentimen perkauman ini menang adalah sebuah kerajaan yang mempunyai komposisi Melayu terbesar dalam sejarah politik negara sejak tahun 1957.

Tapi Melayu tak bersepadu pun.

Tak sampai seminggu kewujudan kerajaan pintu belakang ini wujud dah muncul adegan tikam-menikam sesama sendiri dikalangan ahli yang sepatutnya bersekutu dan bersepadu. UMNO yang merasakan mereka diketepikan dalam Perikatan Nasional rasa amat tidak puas hati dengan barisan kabinet Menteri Muhyiddin Yassin. Bagi mereka Jemaah Menteri Kanan tidak mewakili nombor kerusi yang mereka miliki. Mereka majoriti dan mereka merasakan mereka harus mendominasi kerajaan yang sedia ada ini. Mereka lupa yang kerajaan ini dibentuk dengan menggunakan komplot dan bukannya undian. Mereka marah yang Azmin Sodom diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri defacto. Kenapa bukan pemimpin UMNO tanya Azalina.

Muhyiddin inginkan ahli kabinetnya bebas dari skandal.Pemimpin tertinggi UMNO ramai dipalit skandal. Azmin dipalit skandal juga. Apa bezannya? Mungkin bezanya dalam minda PPBM ialah merekalah yang memulakan dan mencadangkan Langkah Sheraton. Tanpa komplot mereka takkan wujud kerajaan pintu belakang ini. Acara tarik tali diantara PPBM dan Muafakat Nasional sudah bermula. Yang pasti tali yang ditarik akan putus. Kalau putus berakhirlah persekutuan tangkap muat ni.

Kini Melayu yang bergaduh dengan Melayu. Melayu yang dengki dengan Melayu. Melayu yang ingin jatuhkan Melayu. Lama kelamaan Melayu akan berpecah kembali.

Mungkin kebencian DAP diperlukan semula untuk ‘menyatukan’ Melayu.

Tapi ini semua cerita semalam. Cerita esok pulak macam mana eh?

Post a Comment

1 Comments

  1. ini semua sebap puncanya masuk pintu belakang...kerja pengkhinat...ini bukan krj di pilih oleh rayat...ini krj pintu belakang.👉🤭🤣🤣

    ReplyDelete