PPBM Confirm Pecah Dua. Muhyiddin Sudah Tiada Sokongan Majoriti.

Sumber Imej: Astro Awani

Duk ngopi dengan sumber ni. Sumber jerit “ANNEY…NESCAFE AIS 2”. Pastu tu si sumber ni gelak tetiba macam orang tak betul yang merayau kat Puduraya. Aku tanyalah “Ei Ber…ko gelak apasal ni?”. Dia jawab “Ko nampak Nescafe kita minum ni? Walaupun pada dasarnya ianya minuman sama tapi wujud dalam 2 gelas.” “Ei mangkuk…falsampah mende yang kau ngarut ni wei?” aku dengan nada frust. Nescafe ni ibarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia katanya. Walaupun pada dasarnya dia nampak sama tapi ianya wujud dalam dua gelas. Dengan nada marah aku tanya “EI JIBAUN…CAKAP JANGAN LA BERKIAS”.

Sumber pun kata bahawa PPBM dah pecah dua. Bukan retak di tengah atau retak seribu…pecah dua. Dua keping jadinya. Keping Tun Mahathir dan Keping Muhyiddin. Bunyi macam khabar angin tapi benar. Muhyiddin sekarang ini enggan mengadakan perjumpaan Majlis Pimpinan Tertinggi di dalam parti kerana TAHU yang majoriti MPT tidak bersetuju dengan tindakan beliau yang bersekutu dengan UMNO secara enbloc.

Suara paling vokal yang memberi sokongan padu kepada Muhyiddin di dalam parti ialah Redzuan Yusof atau lebih dikenali sebagai Menteri Kereta Terbang yang memang kaki kipas dari dulu (geddit…kipas…kereta terbang oh nvm). Kalau ikut kehendak si Fly Boy (dengan pertolongan Zahid Mat Arip) ni dia nak penggal kepala ramai dalam MPT ni termasuk Datuk Haji Marzuki, Datuk Kadir Jasin, Syed Saddiq dan Mukhriz kerana risau jika ada perjumpaan MPT maka heronya Muhiyddin akan menghadapi krisis pimpinan dalam parti dan tidak akan diberi sokongan majoriti.

Setiausaha Agung Parti Datuk Haji Marzuki mengesahkan bahawa perletakkan jawatan Tun Mahathir TIDAK diterima parti. TAPI Redzuan tetiba kata Haji Marzuki langgar perlembagaan parti dan harus dipecat.WHATTT? Melanggar macam mana? Setiausaha Agung terima ke tak terima perletakkan jawatan mana-mana ahli adalah perogatif Setiausaha Agung. Siapa kau nak persoalkan hak Setiausaha Agung? Setakat cium buntut tu, kucing ngan anjing pun boleh buat.

REDZUAN DAN MUHYIDDIN kedua-dua membuat kenyataan yang Tun bukan lagi Pengerusi PPBM. Muhyiddin kata dia kini memangku jawatan tersebut (ei jap bukan kena undi dulu ke?) selepas Tun letak jawatan. Jika benar kenapa Tun masih lagi disenaraikan sebagai Pengerusi PPBM dalam laman webnya. Jika Muhyiddin Pengerusi, bukan muka dan nama Muhyiddin yang sepatutnya naik keatas dan nama dan muka Tun dipadam. Aku check 2 minit lepas. Muka dan nama Tun masih disenaraikan sebagai Pengerusi PPBM.


Angka ajaib 36 yang didukung Muhyiddin hasil dari konspirasi tiga-segi diantara Kartel Azmin, Zahid Mat Arip (Setiausaha Sulit Tun M) dan Muhyiddin Yassin ini sudah berkurangan. Sumber mengatakan lebih 12 sudah berpecah. Maka angka sebenar didukung Muhyiddin tak lebih 24. Ini bermakna TAK LOGIK KALAU MUHYIDDIN KATA DIA MASIH MEMEGANG MAJORITI SOKONGAN AHLI PARLIMEN. Tapi kitorang respek titah Baginda YDPA dan buat masa ni kita hormati apa yang telah ditetapkan.

TAPI

Persoalan yang seterusnya, yang diketengahkan sumber ialah KENAPA MUHYIDDIN MASIH BELUM MEMUTUSKAN SECARA MUKTAMAD TARIKH PERSIDANGAN PARLIMEN? Mungkinkah Muhyiddin TAHU sokong terhadapnya tidak mencapai majoriti yang diperlukan dan beliau mungkin akan kalah jika usul undi tidak percaya dimulakan di sidang Parlimen?

Muhyiddin juga sedar kedudukannya akan sentiasa terancam kerana ahli parlimen yang dibawa masuknya ke Perikatan Nasional tidak lebih 24 orang. Barisan Nasional dan PAS mempunyai kelebihan keatas beliau dan boleh mengenepikannya jika mereka mahu. Firasat aku mengatakan perebutan kuasa untuk jawatan Perdana Menteri akan berlaku dalam masa terdekat. TAPI BUAT MASA NI SOALAN YANG MENDIDIH DALAM MINDA SEMUA ORANG ialah SIAPA YANG AKAN DIANGKAT SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI? DARI PAS KE DARI UMNO KE DARI GPS KE (lol er..no). MCA dan MIC kenot eh!

PPBM dah pecah dua. Azmin dan Zuraida dah mula kecut. Penyangak dari UMNO dah gelak besar. Sebab bak kata Zahid…AWAN GELAP DAH BERLALU…MAKNA LANUN-LANUN UMNO BOLEH BERMAHARAJALELA SEMULA.

Post a Comment

0 Comments