GRAF TREND MENURUN SEMASA PH
MOH Mendedahkan graf kes yang dilihat menurun semasa PH masih memimpin kerajaan dan mencanak naik setelah kerajaan ditumbangkan.
Sumber: https://kpkesihatan.com/2020/03/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Kredit gambar: Suara Rakyat
Dari bulan 1hb Mac (pada hari Muhyiddin angkat sumpah)
sehingga ke hari ini, kes Covid Malaysia melompat dari 29 ke 673 (18 Mac).
Penyokong tegar PN akan cepat menyalahkan PH kerana tidak menyekat kemasukan pelancong
asing atau menutup lapangan terbang sebelum ni. Sebelum kemelut politik
Februari 2020, kita harus ingat yang dari 21 Februari ke 1 Mac, terdapat sebuah
‘power vacuum’ dimana mekanisma pentadbiran utama negara semasa itu dalam
keadaan beku. Ketiadaan Menteri Kesihatan = 2 minggu, ok???
Ini semua gara-gara Langkah Sheraton yang dirancang
dan dilaksanakan Jemin Sodom dan Mooyiddin. Pada saat itu angka kes masih pada
tahap 26 orang. Kalau lapangan terbang ditutup dan disekat berpuluh ribu orang
Malaysia akan hilang mata pencarian. Ramai keluarga akan terjejas. Ekonomi
negara akan merudum.
Pasaran saham pun merekodkan paras paling teruk kerana
krisis ini. PH disalahkan. Bertubi-tubi disalahkan. Pakej Stimulus Ekonomi (ESP
2020) yang diusulkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dicemuh dan dihina. Tetapi
sebelum Langkah Muhyiddin berjaya Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Interim
sempat membuat perbentangan ESP 2020. ESP 2020 adalah strategi yang mencorak penanganan
krisis ekonomi yang dihadapi kini dan kelak. Maka ianya adalah sesuai (dan
senang) jika Kerajaan Muhyiddin bersetuju untuk menyempurnakan ESP 2020 ini.
Menteri Kewangan baru si budak Zafrul ni sekadar jadi
Pak Turut dan membuat kenyataan yang dia akan menggalas beban ekonomi
menggunakan ESP 2020 yang bukan idea dia. Please Ingat…. si Zafrul ni sekadar
pengikut Nazir Razak dulu. Simpan duit UMNO kat CIMB.
Pada 1 haribulan Mac, Pengerusi Uda Holdings atau
lebih dikenali sebagai Patient 26 telah berinteraksi dengan ramai orang dan
menjadikan angka jangkitan melonjak ke 44 orang. Nak salahkan siapa pun tak
tahu. Pengerusi UDA ni sepatutnya lebih arif memandangkan dia baru balik dari
negara China di bulan Januari. Langkah yang wajar sepatutnya adalah untuk
membuat saringan Covid-19. Dia tak buat. Dia bermeeting, bermajlis dan berjumpa
orang. Dialah digelar penyebab Second Wave Covid-19.
Insiden Jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling
merekodkan kehadiran seramai 16,000 orang termasuk 1500 rakyat asing. Majlis ini
telah dianjurkan pada 27hb Februari sehingga 1 hb Mac. Bayangkan…3 ke 4 hari
seramai 16,000 termasuk orang asing menyempit di kawasan Masjid Sri Petaling.
Kalau hanya seorang pun mempunyai virus Covid-19 maka 16,000 orang akan
didedahkan kepada virus tersebut. Setakat ini hanya 8,000 orang yang tampil
untuk membuat saringan. Yang menyedihkan, salah seorang yang berkaitan dengan
acara ini sudah pun meninggal dunia semalam.
Penyokong tegar PN amat laju sekali untuk menyalahkan
kerajaan PH tanpa peduli yang angka jangkitan terteruk adalah dibawah kerajaan
PN. Transisi Menteri Kesihatan dari Dzulkefly Ahmad ke Adham Baba juga
menganggu proses pentadbiran.
Jadi soalan akhirnya. Covid-19 ni salah siapa sebenarnya?
Ahli politik sebok merebut kuasa, bukannya nak jaga
Rakyat. Maksudnya, ianya dah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melindungi
keluarga dan diri sendiri. #kitajagakita
Terima kasih Menteri-menteri yang slow macam Siput
Babi @bengap yang tak pikir pelan kontingensi untuk budak-budak IPTA tu. Kesian,
kelam-kabut ke balai nak isi borang untuk balik ke kampung. Lepas Balai dah
kena serang, PDRM kata, tak payah isi borang la pulak!
Pengurusan krisis ni sebenarnya banyak lubang dan
tidak dipikir sepenuhnya oleh Kerajaan Pintu Belakang yang separuh masak.
Jangan haraplah Gen Y, pelajar-pelajar IPTA ni akan
lupa “Episod Perintah Kawalan Pergerakan” yang sangat kelam-kabut, last minute
dan tidak teratur.
0 Comments