UMNO Menang Tanpa Bertanding. Muhyiddin Kalah Tanpa Sokongan.


Walaupun Langkah Sheraton dimulakan Jemin Yang Tersodom tapi komplot serta permainan pintu belakangnya (see what I did there) telah memanfaatkan Muhyiddin Yassin yang telah berjaya merampas tampuk kepimpinan negara dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 8. Portfolio Menteri Jemin tak banyak berubah tapi Muhyiddin Yassin telah berjaya mencapai impian yang pada satu ketika dulu nampak terkubur dan mustahil. 

Pada suatu ketika dulu Muhyiddin mungkin merasakan kerjaya politiknya yang sudah senja dan dah sampai ke penghujung jalan. Bak kata pepatah tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu..

Berbalik pada Taufan Anti-Demokrasi yang melanda Malaysia. Ramai yang merasakan yang habuk dan asap dari Taufan Perubahan ni dah hilang. Tapi ramai yang mungkin setuju, Taufan ni tengah tunggu nak melanda lagi. Buat masa ini UMNO sedang mempraktikan ‘politik banyak sabar’. Durian runtuh mereka seperti yang tak dijangka. Durian Musang King menimpa kepala pemimpin Pakatan Harapan dan dikutip rakus oleh Perikatan Nasional. 

Kemenangan tak demokratik. Tapi PPBM tetap parti minoriti yang diberi kuasa majoriti dalam Perikatan Nasional. Takkan UMNO nak duk diam lama-lama dan membiarkan diri mereka dipimpin PPBM. UMNO ada pelan lain. Pelan dominasi mereka mungkin sudah ke fasa dua. Pelan yang tak melibatkan PPBM atau PAS.

Berhenti sejenak dan fikirkan scenario ni. Walaupun jasad Tun tidak wujud dalam Perikatan Nasional idealisma Tun mungkin diakuri Muhyiddin. Nama-nama kontroversi seperti Najib, Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Bung Moktar, Asyraf Wajdi, Azeez Rahim dan Ku Nan tidak ada dalam kabinet Muhyiddin. Kabinet seramai 70 orang ini (berbanding 55 dengan Pakatan Harapan) seolah-olah ikut kata putus Tun Mahathir yang tidak mahu elemen negatif diberi jawatan dalam kabinet. 

Tun sekeras-kerasnya menolak kemasukkan UMNO en-bloc. Muhyiddin pada dasarnya nampak seperti menerima UMNO sepenuhnya tapi perlantikan kabinetnya memberi gambaran yang berbeza sekali. Hati nalurinya masih ikut cakap Tun. Ni yang mungkin merisaukan UMNO.

UMNO tak bodoh. Mereka dapat merasakan dan mengsyaki yang Muhyiddin mungkin merahsiakan sesuatu. Atas dasar inilah ramai yang membuat spekulasi bahawa angin taufan kedua kemelut politik negara akan terjadi lagi.

Berkali-kali UMNO sudah mengatakan bahawa label dan nama Perikatan Nasional sebagai persekutuan antara parti yang bergabung untuk menjadi kerajaan kini sebenarnya tidak wujud. Yang wujud hanyalah piagam Muafakat Nasional. Bagi UMNO dan PAS nama Perikatan Nasional hanyalah label media untuk kesensasian berita kemelut politik bulan Februari 2020. 

Muafakat Nasional mempunyai lebih kurang 60 kerusi. PPBM hanya mempunyai 36 kerusi. Muafakat Nasional adalah blok politik berpiagam. Perikatan Nasional tidak mempunyai perjanjian diantara parti. Ini bermakna blok politik yang harus berkuasa dalam pembahagian kuasa ini ialah Muafakat Nasional.

Tapi UMNO dan PAS bersabar. Mereka tahu kabinet yang sedia ada ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Mereka mungkin kini sedang giat membentangkan Master Plan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan utama negara. Ini bukan sekadar spekulasi tapi berdasarkan logik. Mana logiknya kalau dibiarkan minoriti menjadi suara majoriti di dalam struktur kerajaan.

Annuar Musa pun dah bagi pembayang yang Perikatan Nasional mungkin tidak akan kekal sehingga PRU 15. Seperti ada agenda rahsia yang kita semua tak tahu…Dia masih berpegang kepada pendiriannya untuk memberi kuasa kepada rakyat semula dengan membubarkan parlimen.

Maka ianya logik jika Muafakat Nasional duduk bersama dan befikir bagaimana jika angin politik berubah lagi MAKA mereka harus memastikan yang NASIB MEREKA TIDAK DITENTUKAN MUHYIDDIN YASIN. Mereka pastinya TIDAK menyokong Muhyiddin Yassin kerana mengikuti ‘The Natural Order Of Things, The Majority Should Rule’.

Post a Comment

1 Comments