Dulu masa aku ni tak cukup bulu, aku ingat camana bencinya UMNO dengan PAS dan sebaliknya. Senang kata Tuan Hadi Awang dengan suara lantang dan bergema guruh panggil puak UMNO ni kafirun sejati. Camana dia tak mengaku dia pernah berkata sedemikian sekarang aku berani konfirm dia pernah cakap dulu. Tapi aku mengaku tu cerita lama. Itu zaman Ibrahim Libya….zaman insiden Memali…zaman Jahiliah kot.
Sekarang bulu muka aku pun dah jadi putih..tang, tang tang UMNO dengan PAS jadi sekutu. Yang aku nak tanya penyatuan kedua musuh sejati ni apa matlamatnya? Adakah ianya untuk kebaikan umat Islam? Menjaga kedudukan Melayu? Membantah kebangkitan kaum lain di persada politik? Jawapannnya… Entah bin Tak Tahu.
Dari segi falsafah politik dan asas perjuangan dari dulu aku tak setuju dengan landasan politik PAS. Bagi aku mana-mana parti politik yang menggunakan Islam (atau apa agama pun) sebagai batu pelonjak dalam perebutan kuasa tak seharusnya dijadikan sekutu.
Kenapa kau tanya…jawapan aku senang je…mana lagi penting bagi puak-puak camni , Islam ke penguasaan politik? Kalau disuruh pilih diantara Aqidah dan kuasa keatas negara…mana rasanya puak PAS ni pilih?
Sifat populis yang sedang dianjurkan UMNO ni bukan satu cara yang pelik dalam politik tapi adakah ianya akan memakan diri sendiri? UMNO kini tak bersuara, bila kleptokrat tersohor Najib Razak dan isteri kesayangannya yang tanpa segan silu merogol ekonomi negara sehingga hancur jahanam berlagak seperti suara moral yang suci. Pernah dulu otai-otai UMNO sendiri menjauhkan diri dari Najib. Tapi sekarang UMNO senyap.
Kalau dipandang secara kasar suara langau Bossku ni menampakkan UMNO sebagai pembangkang yang tak kompeten. Adakah UMNO kini bersifat dengar kata dan hanya mampu mengikut telunjuk orang? Adakah UMNO sudah hilang taringnya? Mampukah harimau tua tanpa taring membangunkan darjat bangsa dan agama?
Dalam banyak-banyak soalan yang aku ada, bagi aku soalan terpenting ialah jika UMNO beri PAS kuasa pemerintahan, adakah ianya akan meragut kebebasan orang Melayu secara mutlak?
Jom kita tengok Kelantan jap…arwah abang aku dikebumi disana. Kak Ipar aku dengan anak-anak buah aku 100% warga Kelantan. Aku memang rajin kesana…KB Mallnyer Secret Recipe tu port lepak aku.
30 tahun PAS memerintah Kelantan…pembangunan tak cukup…infrastruktur tak lengkap…orang Asli dibiar mati….kualiti kehidupan diketepikan… TAPI panggung wayang ditutup kerana katanya akan menyebabkan gejala sosial.
Jadi... kalau bebudak KB nak tengok AVENGERS ENDGAME kena gi Kuantan la jawabnya.
BAYANGKAN KALAU SELURUH MALAYSIA ADA SEKATAN MACAM NI…KENA GI SINGAPORE LE JAWABNYA KALAU NAK TENGOK WAYANG…hahahahaha…
Arwah Tok Guru Nik Aziz pernah mendesak orang PAS..JANGAN BERSATU DENGAN UMNO…persoalannya kenapa? Jawapannya senang…kerana arwah Tok Guru yang memang serba bijak orangnya sedar yang PAS PERNAH DITIPU UMNO (Sila Google Pilihanraya Negeri Kelantan 1978) semasa PAS berada dalam Barisan Nasional…adakah sejarah akan diulang semula? Entah Bin Tak Tahu.
Tok Becok
0 Comments