Layak Ke Saudara Muhyiddin, Tengku Zafrul Jadi Menteri Kewangan?

Ok ceritanya macam ni. Ramai yang beranggapan yang Tengku Zafrul adalah seorang ahli korporat hebat yang telah dilantik Mooyiddin sebagai Menteri Kewangan. Ramai juga beranggapan yang dia seorang genius yang boleh memulihkan keadaan ekonomi negara kerana otaknya disaluti emas. 

Kebenaran adalah jauh sekali dari apa yang dilakarkan media.
Ianya bukan rahsia yang Zafrul ni adalah salah seorang macai Najib. Sebelum PRU14 kalau yang tak ingat..Zafrul ni adalah salah seorang CEO yang menyanyi lagu Hebatkan Negaraku (kempen media Pilihanraya Umum Najib). Tak ingat ke? Muzik video yang korang cukup benci dulu tu..anyway..


Tengku Zafrul adalah seorang anak orang kaya yang tak pernah kenal susah. Ibunya dulu, Raja Zaharaton Binti Raja Zainal dulunya Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negara. Raja Zaharaton kini adalah seorang pengarah di Media Prima. Beliau dilantik pada tahun 2015 iaitu time Farid Ridzuan (Golden boy Rosmah dulu) masih boss di Media Prima. Ceritanya bermula dengan arwah Jamaluddin Jarjis atau JJ yang juga berkait rapat dengan Farid Ridzuan. Farid dan JJ dulu adalah tulang belakang dan otak-otak utama bagi kempen propaganda Barisan Nasional dulu seperti Janji Ditepati dan Hebatkan Negaraku (Farid sahaja). Btw Pakcik si Zafrul ni ialah Raja Nong Chik..Atuk dan nenek dia adalah dari keluarga diRaja di Langkat, Sumatra.


Cerita Tengku Zafrul bermula dengan Jamaluddin Jarjis. Arwah JJ pada satu ketika dulu pernah menjadi boss Tenaga Nasional Berhad. Ibu si Zafrul tu pada masa itu Pengarah Bebas (selaku KP Unit Perancangan Ekonomi) di Tenaga Nasional Berhad. Al-Kisah, karier awal  Tengku Zafrul bermula di…cuba teka?....yes Tenaga Nasional. Tak lama selepas menjadi boss TNB, JJ telah dilantik sebagai Menteri Kewangan 2 dimana beliau telah mengangkut Tengku Zafrul dan menjadikannya CEO di salah sebuah syarikat dibawah Kementerian Kewangan.

Bayangkan harini engkau officer esok kau CEO Syarikat GLC (Government Linked Company). Tak yah jadi exec, senior exec, asst manager, manager, asst GM , GM…..TERUS JADI CEO.

Lepas tu dia jadi boss Tune Money dibawah Tony Fernandes yang dulunya berkait rapat dengan ECM Libra dan Khairy Jamaluddin. Tapi itu panjang ceritanya. Itu semua next episodenyer cerita.

Lepas semua tu Zafrul ini melompat ke Citibank. Kerana dia sebenarnya tak terer sangat dia tak lama di Citibank. Dia kat Citibank memang sekejap…berbulan je.  Lepas tulah kisah hidup Zafrul bermula di CIMB iaitu sarang duit Nazir dan Najib Razak. Dia menjadi budak emas Nazir dan telah mengambil alih tempat Nazir selepas Nazir cabut lari kerana timbulnya isu 1MDB..

Dan selepas tu (aku pendekkan cerita ni sangat-sangat) dia jadi Menteri Kewangan setelah dilantik…bapak sedara dia (sedara jauh tapi tak jauh sangat) Muhyiddin Yassin. Sebenarnya cerita dia ni panjang lagi, tapi aku pendekkan kerana tak nak korang boring. 

So terer ke dia? Berdasarkan pengalaman dia…entah. Tapi dari sudut merit, Tengku Zafrul diberi pangkat besar dalam GLC bukan kerana skilnya tapi kerana kenalannya. 

So far apa yang dibuat sekadar ‘cut and paste’. Persoalannya ialah..Mampukah Tengku Zafrul menggalas beban pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak Covid-19?
Jawapan pendeknya I DON’T THINK SO. 

Kalau korang nak cerita sedetail cerita pasal mat ni…ni aku letak link anotherbrickinthewall yang diposting pada tahun 2011 sebelum Zafrul jadi budak emas Nazir Razak dan link financetwitter (Mac 2020) untuk penatapan korang.



Post a Comment

2 Comments

  1. Kepala bana kau kaki fitnah. PHD perasan Hasad dengki. Busuk hati... Bersihkan hati tu.

    ReplyDelete
  2. Jawab lah engkau nanti di padang mahsyar diatas dosa perbuatan yg kau buat ni...
    Sanggup ye kau ni tulis panjang lebar fitnah ni..
    60 percent betul ,40 percent fitnah

    ReplyDelete