Kenapa Melayu Kaya tak tolong Melayu Miskin?





Kesian pulak tengok Menteri Pendidikan Dr. Maszlee dah berhari-hari kena hentam kiri-kanan. Petisyen 60 ribu tandatangan dah siap. Tinggal nak hantar kat Tun supaya dipecat. Macam-macam fitnah dah timbul. Lim Kit Siang punya sejarah komunis pun dah keluar balek kat Facebook. Sejarah 13 Mei semua dikorek dan dibangga-banggakan. Ada dokumentari untuk melaga-lagakan kaum Cina dan Melayu. Pelbagai artikel ditulis sempena Sambutan ke-50 Sejarah Gelap. 
Pelik betul  rasanya, sejarah gelap pun nak diraikan. Perlukah semua huru-hara ni dalam Bulan Ramadhan, wahai Orang Melayu Muslim? Apa faedahnya melaga-lagakan kaum ni?
Letih la…
Belum habis cerita pasal pemiutang tak mau bayar hutang PTPTN, kecoh pulak pasal kuota Bumiputera matrikulasi tak cukup dan sebagainya. Sebenarnya, masalah negara Malaysia ni bukan tak cukup kuota ke apa, tetapi Melayu Kaya Malaysia ni dah jadi terlampau rakus. Penyakit UMNO tamak dah berleluasa. Dah sebati dalam darah-daging Melayu Kaya. Adab entah ke mana, rasa malu pun dah tak ada langsung dalam jiwa. Tapi nak jugak laungkan Melayu Islam.
Tolonglah… Jangan ikut jejak-langkah Bossku.
Dah kaya tapi kedekut. Dah kaya tapi nak kaya lagi. Macam la duit berlambak tu boleh masuk kubur.
Yang tak tahan tu, dah kaya tapi tak boleh nak hantar anak sendiri kat Universiti Swasta. Kereta BMW berkilat boleh je beli, tapi 120K tak boleh pulak bayar untuk zuriat sendiri. Nak jugak hak bumiputera dia untuk dapat biasiswa, dapat tempat kat Universiti tempatan sebab murah. Celah gigi je kan?
Yang dah kaya pun nak hantar anak masuk UiTM tu apa hal? Sebab duit nak simpan untuk bayar kereta mewah kan? Nak beli rumah semi-D untuk muatnaik kat Facebook. Nak pergi melancong kat London pas tu selfie kat Tower Bridge. Nak naik belon panas kat Cappadocia? 
Oh bosan betul…
Buruk betul perangai Melayu Kaya ni. Tak fikir langsung kat anak petani yang tak ada duit pun nak bayar tambang bas datang KL. Ada yang tak ada duit nak bayar yuran pun. Melayu Kaya sebok jugak nak hak bumiputera dia. Pakai kabel sini-sana jolok anak dia supaya dapat masuk MRSM. Dapat biasiswa JPA, Khazanah, Bank Negara… yang best-best la kan. 
Depa ni tak ada langsung pemahaman “Maqasid Shariah”. Tak ada konsep “Shared Prosperity”.  Jawatan je besar tapi otak asyik “resting mode”. Tak ada langsung rasa bersalah. Sebab dia rasa anak dia memang hebat. Sebab dia sayang nak guna duit gaji dia.
Adooi, macam mana nak jadi First World Country ni, Malaysiaku? 
Mindset Melayu Kaya masih kleptokrat, sebijik macam Bossku.
Sebab tulah negara Malaysia ni makin lama, makin mundur jadinya. Lagi lama, lagi jauh jarak yang Kaya dengan yang Miskin. Jangan pulak nanti salahkan Menteri Kewangan. Semua salah Menteri, tak pernah salahkan diri sendiri!
Meluat…

Sebab Yang Kaya tu Rakus dan Tamak. Tak ingat orang miskin. Tak ingat orang belakang. Nak hidup senang sendiri. Selfish nak mampos.
Sekolah Asrama Penuh yang dulunya ditubuhkan untuk Melayu Miskin dah jadi dominasi Melayu Kaya. Agak-agak la sikit bila bawak kereta menjalar tu pergi MCKK dengan TKC. Kesian kat anak orang miskin yang SPM pun tak lepas sebab lemah Matematik dan Sains. Yang kaya boleh hantar tuisyen, yang miskin tetap mundur ke belakang sebab tidak diberi peluang.
Saya syorkan kat Dr Maszlee, kuota kalau tambah macam mana banyak pun, tetap tak cukup. Sebab Melayu Kaya sebok nak tumpang sekaki. Sebab Melayu Kaya Tak Liberal ni nak duit free, boleh upgrade kereta Porsche Cayenne pulak lepas ni.
Saya cadangkan semua pelajar yang nak belajar di Universiti Tempatan, mak bapak dia kena buat deklarasi asset. Kalau gaji serumah tu dah berpuluh-puluh ribu, kereta Benz sebiji, kereta BMW sebiji kat depan rumah, tolonglah jangan bagi pelajar tu masuk UiTM. Kalau nak masuk jugak, yuran yang mahal patut dikenakan. Duit berlambak tu tolong keluarkan sikit untuk anak sendiri. ASB pun dah penuh kan. Cukup-cukup la tu.
Nak selesai masalah, bukan cara hentam-menghentam. Itu tak ada kelas namanya.Bagi solusi, bagi cadangan kat Pak Menteri. Sebab masalah ni semua berpunca dari kita sendiri. 
Kalau Melayu Kaya tolong Melayu Tak Kaya, tak jadi pun masalah Kuota Matrikulasi ni.
Hisssh, yang itu pun nak bagi tau ka?
Progressive Malay

Post a Comment

0 Comments