Apa Itu PeKa B40?


Apa itu PeKa B40?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

PeKa B40 untuk siapa?

PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Apakah manfaat PeKa B40?

  • Saringan Kesihatan
  • Bantuan Alat Perubatan
  • Insentif Melengfkapkan Rawatan Kanser
  • Insentif Tambang Pengangkutan

 Syarat – syarat kelayakan penerima PeKa B40
  • Pesakit mestilah penerima BSH atau pasangannya dan berumur 50 tahun dan ke atas;
  • Telah melakukan Saringan Kesihatan (Manfaat 1); dan
  • Permohonan mestilah dilakukan melalui hospital Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja

Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan melalui Belanjawan 2019 untuk PeKa B40. Bermula sebagai projek perintis dan dianggarkan dapat menampung 800,000 penerima sebagai permulaan. 

Penyertaan adalah secara automatik  bagi penerima BSH yang berumur 50 tahun ke atas dan tiada pendaftaran diperlukan. Untuk semakan sila semak di : https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Bagaimana PeKaB40 berfungsi dan skim MySalam melengkapi perlindungan kesihatan anda?

Post a Comment

0 Comments