sumber: sarawakvoice.com
Skim Pembiayaan Tabung Perusahaan Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i) kepada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dilanjutkan lagi selama 3 Tahun. Ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan lagi semangat keusahawanan di kalangan kaum Bumiputera. Skim ini dibuka kepada semua sektor ekonomi termasuk pembinaan dan bekalan, pembuatan, dan perkhidmatan. Ianya bertujuan untuk memberi usahawan akses kepada fasiliti kewangan secara mudah.


0 Comments