Sumber: Kementerian Kewangan
AGI IDUP AGI NEGLABAN
Sebagai usaha berterusan dalam menjaga kebajikan setiap lapisan masyarakat, Kerajaan Pakatan Harapan telah melancarkan inisiatif untuk pesara dan veteran angkatan tentera. Usaha ini bukan sahaja untuk menaikkan lagi peruntukkan kewangan kebajikan veteran tetapi juga meningkatkan lagi kualiti kehidupan bekas anggota.
Usaha ini juga akan membuka peluang pekerjaan untuk mereka selepas tamat perkhidmatan. Lebih 2,000 peluang pekerjaan melalui 28 syarikat boleh diperolehi melalui inisiatif ini.
Inisiatif ini sejajar dengan 7 teras strategik yang digariskan Perdana Menteri dibawah matlamat KEMAKMURAN BERSAMA. Ianya berbentuk adil dan inklusif dan akan memperkasakan lagi persara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia dari segi kewangan dan peluang pekerjaan.
0 Comments