Aku bukan pujangga, penyajak dan yang pastinya bukan antara golongan intelek yang disegani. Yang aku kenal adalah suara hati aku. Kerapkali aku ditanya soalan yang berlazimkan kepandaian. Kerapkali jawapan aku tetap sama. Entah bin Tak Tahu.
Ada seorang hamba Allah dari UMNO yang kacak dan pada lazimnya pandai telah ditanya tentang perlantikan Abam Jib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN. Dengan keluhan dan nada frust dia menjawab, “Tiba-tiba saya tak gembira di mana saya berada”. Insan ini yang bernama Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau sebenarnya menuturkan sentiment semua melayu celik yang tidak terbuta dan tersesat dengan kata-kata manis si penyamun rakus Jib Boy.
Dah lama aku tengok pergerakan politik En. Khairy ni. Dari dulu personalitinya sama...dia lantang, dia pandai dan dia jujur. Yang pentingnya aku berharap kenyataannya dapat menyergah ramai yang masih tak sedar tentang realiti kehidupan. Najib adalah seorang oportunis yang menggunakan kelemahan kita untuk menguatkan dirinya. Dia tamak dan hanya mementingkan diri.
Dia dengan cukup berani berdiri depan kita dan berlagak tak bersalah (cuba diri depan bini kau tengok..macam la berani sangat). Dulu merata-rata dia pergi
Dalam perkiraan dia, dialah paling power (rambut je kot) masa suami dia jadi Perdana Menteri. Pernah diceritakan dulu yang Mem ni duduk masuk mesyuarat menteri kabinet pastu bagi arahan. Si Najib katanya duduk kat tepi hisap jari (ok aku mengaku ‘hisap jari’ tu aku tambah).
Aku kembali ke topik aku. Maaf kalau terlalu meyimpang. Hati panas punya pasai la.
OK…Kalau Najib boleh dijadikan Pengerusi Lembaga Penasihat, ya Allah tolonglah kami sebab dia akan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri semula. Rosmah akan kembali berkuasa. Pahe dok?
Khairy dari dulu (lepas kejatuhan BN) memang salah seorang pengkritik utama si Najib. Bukan sebab apa tapi kerana semasa dia Menteri, dia menjadi saksi segala kepincangan Najib. Tapi apa boleh buat. Najib boss masa tu. Kalau ditegur nanti di ‘Muhyiddinkannya’. NAYA BOSS!!! So dia senyap je…tapi dia tak buta..kebenaran Khairy dapat melihat dengan bijik matanya sendiri. Khairy kenal Najib dan mempunyai direct contact dengan dia. Apalah kita berbanding dengan dia. Kita ni sebenar-benarnya taklah kenal sangat si Najib ni. Dari jauh dia senyum kat kita. Kita melonjak kegembiraan dan berkata.”Eh baik giler Najib tu wei ”…BAIK HONGAH HANG. Engkau kenal dia dari jauh. Trump pun nampak baik dari jauh!!
Khairy The Kacak pernah kata salah BN adalah sifat tidak endah yang dipraktikan semasa isu 1MDB hangat diperkatakan. Inilah titik runtuhnya infrastrukur kerajaan BN. Disinilah UMNO hilang kredbiliti bila disokong ketua kleptokrat dunia Najibun. Rumusannya BN jatuh kerana terlalu leka sampai tak endah nasib dan rintihan kesemua rakyat Malaysia. Betul dan tepat sekali.
Bila kata Melayu mudah lupa, Melayu marah tak tentu arah…macai PH lah, admin bodoh lah, anjing belaan lah dan macam lagi statemen defensif orang yang memang buta hati dan mata akan tuturkan nak membuktikan dia sebenarnya tak jahil dan tak nampak keadaan sebenar ataupun dia tak nak mengaku dia salah…. tapi itulah realitinya. Melayu memang mudah lupa. Kita lupa yang Najib tu penyangak.
Kita
lupa Rosmah bagi kontrak kepada semua kroninya. Puji sikit dapat kontrak. Masa
tu ada berani Najib bersuara? TAK BERANI BOSSKU. KECUT TELUR BOSSKU. Dulu Najib
berkapasiti untuk mengubah nasib Melayu. Tak pun. Sekarang sibuk melolong yang
Melayu dipinggirkan dan Islam dikeduakan. Sebenarnya bawah kerajaan PH tak pun
tapi itulah sentiment dan strategi Najib guna pakai untuk menang Melayu balik.
Berbekalkan
slogan MALU APA BOSSKU…BOOM..Najib secara magik membodohkan semua minda
kita…minda kita jadi terbantut pastu percaya agenda Najib bulat-bulat.
Kadang-kadang terbit jugak statement ni dari mulut aku…BOMOH ROSMAH KOT DIA
PAKAI… tapi tolonglah jangan percaya benda camtu. Syirik.
Alamak
lari topik pulak aku ni. Berbalik pada saudara Khairy, kami dari komuniti
Melayu celik bersetuju dengan anda 100%. Nazri Aziz pun boleh kata perlantikan
Najib adalah satu langkah kebelakang yang regresif dan tidak memanfaatkan orang
Melayu atau BN sekalipun.
Kalau
aku ditanya macam mana kita nak celikkan, bangunkan, ingatkan dan sedarkan Melayu
yang terbuta dengan dakyah BN, UMNO dan BOSSKU..jawapan aku sama. Entah Bin
Tak Tahu.
Tok Becok
0 Comments