Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, pada 24 Mei 2019, pembayaran fasa kedua BSH pada 28 Mei 2019 peruntukan terlibat adalah sebanyak RM1.42 Billion dan telah pun memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH dan 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka. (Sumber : Siaran Media Kementerian Kewangan Mei 2019)
1 Julai 2019, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan tempoh permohononan rayuan bagi BSH telah dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos 2019. Mereka yang tidak layak masih diberi peluang untuk membuat rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk pengesahan oleh di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Menurut Kementerian Kewangan “Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/, atau dengan hadir ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN,”.
Read more:
0 Comments