Sumber: bernama.com
“SAYA akan ke Pasir Gudang setiap minggu dan harap boleh pergi bersama Ahli Parlimen Pasir Gudang untuk memastikan kerja boleh dilakukan,” kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin.
Inilah yang kita nak. Seorang Menteri yang ingin turun padang setiap minggu untuk kebajikan kita. Tak takut dan tak goyah. Seorang yang berbekalkan pendirian kukuh untuk berdiri tinggi demi kebaikan sejagat. Macam Robocop jugak Yeo Bee Yin ni. Kami suka.
Ma’am kita ni jawab soalan Azalina…dia kata kerajaaan negeri sudah merangka enam tindakan segera untuk menguatkan lagi pemantauan kualiti udara di Pasir Gudang.
Beliau juga menambah akan diwujudkan Stesen Pengawasan Gas Pencemar Toksik Automatik, pembelian alat pengukuran gas toksik bergerak seperti GASMET dan membangunkan sistem bagi menganalisis dan menentukan kualiti udara di kawasan perindustrian terbabit. Inilah yang kita panggil tindakan super-pro aktif. Berwaspadalah si pesalah di masa depan. Kami dilindungi Yeo Bee Yin.


0 Comments