Aku bukan pujangga, penyajak dan yang pastinya bukan antara golongan intelek yang disegani. Yang aku kenal adalah suara hati aku. Kerapkali aku ditanya soalan yang berlazimkan kepandaian. Kerapkali jawapan aku tetap sama. Entah bin Tak Tahu.
Ramai pembaca mungkin belum lahir pada tahun 1997. Kalau dah lahir pun, tak ingat kot insiden Zahid Hamidi sebulat suara menyokong Anwar Ibrahim dalam menentang Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia ke 4 sewaktu itu.
Isu dia Nepotisma…isu sebenar ketamakkan kuasa. Sejak ditendang keluar UMNO (dia join la balik UMNO sipembaca oi) sehingga hari ini, tanpa mengenal penat, cita-cita Zahid Hamidi adalah untuk berdiri dipuncak politik Malaysia sebagai Perdana Menteri tanpa mengira akibat atau kos.
Pak Komedi kita ni jadi Presiden selepas Jib Boy melepaskan jawatan Presiden Umno. Aku kira dia (dengan anak dia sekali) melonjak hepi dua hari berturut-turut. Tetapi setelah diselubungi kontroversi penyelewengan duit dia pergi GARDEN LEAVE. Cuti Taman ni, setahu aku cuti sebelum kena pecat. Tapi takpe, mungkin Wikipedia salah.
Tok Mat pun berlakonlah jadi Presiden UMNO (Acting President la katakan). Dia kata dia nak bersihkan UMNO. Dia belilah Clorox, serbuk sental, penyental besi, berus dawai dan macam-macam lagi atas dasar UMNO perlu dibersihkan (yang peliknya orang macam Azeez Rahim ada je lagi…KENA GOSOK KUAT SIKIT KOT TOK MAT...)
Zahid Komedi sekarang ni, telah didakwa 54 kesalahan rasuah dan penyelewangan. Selang 6 bulan, dia kembali kepersada politik ditampuk pentadbiran UMNO sebagai presiden.
ALASAN DIA? Dia tak tahan dengan penipuan dan penyelewangan terhadap rakyat. Hahahahahahaha itu lah sebabnya nama dia Zahid Komedi…sebab dia adalah seorang pelawak hebat.
HELLO FRIEND…. MASA UMNO BERKUASA DULU DAN ENGKAU SELAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI ENGKAU SENYAP JE MASA ADA PENIPUAN, PENYELEWANGAN, KECURIAN DAN STATEMENT-STATEMENT POLITIK YANG MEMBODOHKAN DAN MENGECILKAN KESUSAHAN RAKYAT (refer ke Ahmad Maslan punya statement "Makan nasi dengan kicap la kalau tak de duit"
Berdasarkan perspektif serta pandangan dari orang-orang jahil macam aku, aku rasa dia join balik sebab ada ura-ura dari kura kura yang mengatakan tahun depan akan ada SNAP ELECTION (Pilihanraya Umum Mengejut). Kalau ikut trend sekarang ni orang Melayu tengah konpius.
MAKNANYA ZAHID KOMEDI MASUK BALIK UMNO NAK LAYAN SEMULA CITA-CITA RAKUSNYA UNTUK JADI PERDANA MENTERI. Kalau harimau tak hilang belang maka Zahid Komedi pun tak hilang kelakarnya. Jangan lupa 54 tuduhan yang dihadapi Si Komedi ni. Dia bagi kontrak kat adik-beradik dia supaya Malaya dilanggar berjuta-juta pekerja Bangla.
Jangan lupa juga anak kelahiran Ponorogo ni didakwa terima rasuah dari Syarikat Mastoro Kenny, Syarikat Profound dan Syarikat Data Sonic semasa projek MyEG. Mastoro Kenny ialah syarikat yang dimiliki oleh Mentari Maju Textiles, seorang individu bernama M. Kumaraguru yang pernah didakwa buat MONEY LAUNDERING (senang kata untuk urusan pembersihan wang secara haram).
Moral cerita aku ni mudah je. Janganlah tertipu dengan ayah Nurul Hidayah ni (tukang karut dan drama queen tersohor di Malaysia). Dia kembali ke UMNO bukanlah untuk menjuangkan nasib engkau tetapi untuk mengkayakan dirinya lagi sebagai Perdana Menteri baru jika terjadinya pilihanraya mengejut (cerita pilihanraya adalah khabar angin tahyul yang juga taktik UMNO untuk mengegarkan stabiliti kerajaan sekarang tu je).
Motif sebenar dia menjadi presiden UMNO semula sebenarnya masih belum jelas. Apakah akan terjadi dengan adanya Zahid Komedi semula sebagai Presiden UMNO? Dengan nada sedih dan berat hati aku jawab ENTAH BIN TAK TAHU.
TOK BECOK
0 Comments