Hari ni, Progressive Malay nak diskus sikit pasal Ultra Melayu kita yang dok sebok kempen boikot barang Cina kat laman sosial. Taktik boring ni dah lama kita dengar. Cuma perlu kitar kembali poster-poster lama, lepas tu senaraikan semua barang jualan Cina di pasaran (tak tahu la sahih ke tidak) – sebab konon nak lumpuhkan ekonomi Cina kat Malaysia. PM sakit perut gelak okay. Cetek sungguh pemikiran Ultra Melayu zaman moden ni kan? Tak boleh tengok orang senang sikit. Tak boleh tengok orang lain Up sikit dari depa. Mesti tak puas hati. Tak sudah-sudah busuk hati, berdendam. Depa lupa, punca semua ni British. Omputih yang sebok bawak Cina masuk kat tanah Malaya. Soh keje kat lombong. Lama-kelamaan Cina pun masuk jadi kaya, jadi tauke lombong, jadi tauke balak, bukak Bank kat Malaysia, sampai la hari ni – hartanah pun milik Cina, Universiti yang besar pun milik Cina, Gula King pun Cina dan macam-macam lagi. Tak payah la PM nak senaraikan semuanya. You all pun tau sendiri sebab semuanya tergolong dari yang hebat pandai. You all pun semuanya “Learned and Well-Read” kan? Setakat you all nak boikot kicap buatan cina atau mihun, alahai, celah gigi jer la. Buat malu kaum je. So kalau serius nak boikot semua barang cina, susu baby yang murah kat kedai Sinseh tu amacam? Nak boikot jugak? Nak tukar tayar amacam? Boikot Cina? Nak cari kontraktor yang ada cash flow? Amacam? Boikot Cina jugak ka?
Eh helo.. bukan nak kata la.. Tapi cuba kita cermin diri kita sendiri. Cina ni dia buat salah apa? Dia mencuri ke? Menyamun ke? Yang kes MACC tu sampai 4860 orang kakitangan kerajaan tu (procurement sector) ramai Cina ke? Cuba hang pikiaq sikit? Apa la yang korang nak maki hamun sesangat ni? Kalau Melayu ni attitude macam Cina, kerja keras macam Cina – tak akan ada perasaan hasad-dengki mendengki ni. Cuma tengok result kat Universiti swasta. Yang hebat anak Cina. Nak kata depa ni pandai sangat pun tidak. Cuma depa ni tekun. Cina tepi jalan jual rojak tu pun sanggup simpan duit bertahun-tahun, sebab nak hantar anak belajar kat luar negara. Depa tu tahu, “Education is Key”. Tapi Melayu kaya ke tak kaya, depa ni sentiasa nak hidup selesa dengan Hak Keistimewaan. Hanya nak pakai kabel orang-orang besar. Sampaikan ketiga-tiga anak orang kaya tu semua dapat biasiswa yang best-best. Itulah hak istimewa yang Cina tak dapat. Tapi Melayu masih enjoy. Ok la tu?
So, yang hampa bertungkus lumus nak jatuhkan Cina ni pasepa? Depa tu bangkit awal, buka bisnes sendiri, terkejar sini, terkejar sana, cari rezeki sebab tak dapat hak keistimewaan cam Melayu.
Anak-anak depa ni memang depa dah brainwash dari kecik lagi, belajar sungguhsungguh, sebab tak dapat keistimewaan – sebab tu yang cemerlang ramai Cina. Tak percaya lagi? Pergi la tinjau kat Universiti Luar Negara yang top kat KL ni, nama Melayu mungkin ada sekerat dua jer. Mintak maaf la, sebab Melayu mungkin ramai yang masih “tidak apa” attitude. Cuba tengok course-course yang susah, berapa kerat Melayu Bumiputera yang ambil jurusan Perakaunan kat Monash tu? Sampaikan Kerajaan kena bagi duit berpuluh juta kat satu syarikat ni untuk bina Bumiputera Melayu yang berkelulusan Perakaunan. Itu Contoh.
Bukan nak kata la… Tapi bukan semua Cina tu hebat, dan bukan semua Melayu tu Hopeless. Cuma nak kata, Usaha itu Tangga Kejayaan. Jangan la sebok nak pertahankan benang basah, janganlah asyik nak recycle taktik lama. Islam pun tak ajar buat benda cam ni la. Come on. Kalau hang fokus tenaga hang kat benda yang faedah, hang pun boleh kaya macam Cina. Cina tu mata duitan, kaya raya, yang dapat hasil tu pun Malaysia kan? Kenapa la you all ni masih tak faham konsep “Shared Prosperity”, ni? Economic indicators ni semua ada kaum ka? Ada agama ke ? Ada bangsa ka? GDP growth ka… Consumer spending ka… Interest Rate ka… ? Malaysia hanya ada SATU angka untuk semua kan? Cukup-cukup la hampa bazir masa, bazir tenaga share benda-benda tak berfaedah kat media sosial. Yang rugi Melayu, bukan Cina. Depa duit dah berkepuk, depa dah biasa hidup tanpa keistimewaan, depa dah biasa jadi minoriti kat Malaysia. Yang Hampa ni semua, sampai laaa tak reti nak bersyukur. Progressive Malay
0 Comments