Sumber: Bernama
SHAH ALAM, 20 Ogos 2019 - Trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan baharu yang terdapat di pasaran sempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut tidak lama lagi.
Warna Jalur Gemilang iaitu merah, kuning, biru dan putih dipilih sebagai warna asas tudung yang didatangkan dalam bentuk selendang dan tudung bawal.
Peniaga, Nurul Hanis Isman, 30, berkata trend itu menjadi pilihan pelanggan yang inginkan kelainan untuk menyambut Hari Kebangsaan kali ini.
“Saya dan lapan lagi pekerja saya berhempas pulas mencari idea untuk rekaan tudung merdeka supaya dapat memberi pengalaman eksklusif kepada pelanggan yang mahukan kelainan pada sambutan Hari Kebangsaan kali ini,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata idea untuk mereka tudung merdeka timbul selepas melihat tidak banyak tudung bercorak bendera dijual di pasaran.
"Tudung itu mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan yang inginkan tudung ini sama ada untuk dijadikan sebagai koleksi atau memakainya pada hari sambutan,” katanya yang merupakan pengasas syarikat Anies Iman sejak empat tahun lalu.

Tinjauan Bernama mendapati banyak tudung keluaran khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dijual di kompleks membeli belah di sekitar pusat bandar ini dan juga dalam talian.
Baca lebih lanjut di: BERNAMA
0 Comments