Sumber: KKMM
YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melancarkan Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) di Pusat Internet Desa (PID), Beranang Selangor.
Dengan slogan ‘Satu Klik, Sejuta Peluang’, PeDAS kini ditawarkan di PID terpilih yang berfungsi sebagai pusat sehenti atau ‘one-stop centre’ untuk memberi peluang dan ruang kepada pengusaha IKS mikro bagi mendapat kemahiran dan ilmu dalam bidang e-dagang sekaligus memasarkan produk mereka ke platform yang lebih luas seperti Digital Free Trade Zone (DFTZ).
YB Tuan Gobind berkata buat masa ini, 10 buah PID sudah menawarkan perkhidmatan PeDAS, antaranya di Tanjung Malim, Perak, Tanjung Kling (Melaka), Kuala Nerang (Kedah), Balik Pulau (Pulau Pinang), Kuala Kurau (Perak), Sungai Koyan (Pahang), dan Beranang (Selangor).
Kementerian, katanya, menyasarkan tambahan 22 lagi PeDAS menjelang hujung tahun depan di PID seluruh negara. Tambahnya, buat masa ini terdapat 42 PID dengan kerjasama POS Malaysia, di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi komunti luar mendapatkan pelbagai perkhidmatan termasuk kursus pembangunan laman web dan kursus keusahawanan.
Turut hadir ialah YB Puan Rodziah binti Ismail, Exco Pembangunan Usahawan Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, YBrs Tuan Tan Chuan Ou, TKSU (Operasi) KKMM, YBrs. Puan Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), YBhg. Datuk Yasmin Mahmood, Pengerusi Pos Malaysia Berhad dan wakil-wakil daripada agensi-agensi, MARA,TEKUN, AIM, SME Corp, FAMA, RISDA & PELADANG.
0 Comments