JOM PUASA DI HARI ARAFAH!


Alhamdulillah jumpa lagi kita dengan Hari Arafah. Hari Arafah disambut menjelang ketibaan bulan Zulhijjah iaitu bulan ke-12 dalam kalendar Islam. Bersempena dengan bulan Zulhijjah, umat Islam yang berkemampuan dan yang diberi peluang dapat menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah. 

Antara kelebihan berpuasa di Hari Arafah yang telah disebut dalam dalil Al-Quran dan hadis adalah: firman Allah SWT yang bermaksud: Demi fajar dan malam yang 10. (al-Fajr: 1-2)
Menurut Ibnu Kathir, yang dimaksudkan di sini adalah 10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lain-lain. (riwayat Imam Bukhari).
Selain itu, Nabi SAW juga bersabda yang bermaksud: Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid). (riwayat Imam Ahmad, at-Tirmidzi).

Jadi ayuhlah kita bersama-sama penuhkan bulan-bulan seterusnya dengan amalan beribadat secara konsisten dan semoga amalan mulia kita diberkati Allah.

Post a Comment

0 Comments