Keluarga Nora Anne Difitnah Peguam Ireland, Anne Brennan

Sumber: Harian Metro via Arkib NSTP

POLIS menafikan dakwaan peguam warga Ireland, Anne Brennan yang menuduh keluarga Nora Anne Quoirin ada kaitan dengan kes kematian remaja berusia 15 tahun itu.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dakwaan peguam yang juga aktivis kanak-kanak itu berniat jahat.
“Siasatan sedang dijalankan. Polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuatnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohamad berkata, satu laporan polis sudah dibuat oleh pegawainya dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai jam 6 petang semalam berhubung dakwaan Brennan yang dimuatnaik di Facebook (FB).
“Laporan itu dibuat memandangkan dakwaan yang dimuat naik itu secara jelas adalah fitnah kepada polis yang masih menjalankan siasatan berkenaan.
“Kes ini (dakwaan Brennan) akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Dalam hantaran FBnya, Brennan mendakwa keluarga Quoirin berusaha mengelak keadilan daripada ditegakkan.
Brennan mendakwa, tindakan keluarga itu meninggalkan Malaysia dan mayat Nora Anne amat mencurigakan
Dia mendakwa, ibu bapa Nora Anne meninggalkan Malaysia selepas diberi jaminan tidak akan disiasat dalam kes kehilangan dan kematian anak mereka.
“Mereka juga meminta supaya siasatan bunuh tidak dijalankan malah meminta supaya mayat dituntut tanpa proses forensik serta toksikologi,” dakwanya.
Dakwa Brennan, keluarga itu juga tidak mendedahkan pergerakan mereka beberapa jam sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.

Post a Comment

0 Comments