Kementerian Pengangkutan Malaysia memperkenalkan My100 dan My50

Sumber: MyRapid

Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 2 November 2018 lalu, telah banyak memberi pelbagai jenis bantuan dan sokongan kepada golongan yang rakyat Malaysia berpendapatan rendah. Antaranya, pas perjalanan tanpa had 30 hari untuk pengangkutan awam bas RapidKL, bas perantara MRT, MRT, Monorel dan BRT (Bus Rapid Transit). 

Peruntukan sebanyak RM240 juta disediakan bagi menampung kos perlaksanaan program bantuan ini dijangka akan meringankan beban seramai 200,000 pengguna pengangkutan awam.

Pas perjalanan yang bernilai RM50 dan RM100 ini hanya boleh didaftarkan bersama MyKad, MyKid dan MyTentera. Pas perjalanan RM50 adalah khas untuk penggunaan perkhidmatan bas RapidKL sementara RM100 boleh digunakan untuk perkhidmatan rel dan RapidKL.

Pas perjalanan 30 hari ini bukan pas bulanan tetapi adalah pas perjalanan untuk tempoh 30 hari yang bermula daripada tarikh penggunaan pertama kad.

Pengguna perkhidmatan awam yang berminat boleh mendaftar di semua hab bas, stesen LRT, MRT, Monorel dan stesen BRT Sunway.

Sumber: MySumber

Post a Comment

0 Comments