Malaysia Ada Identiti Nasional Ke?

Sumber: Berita Harian

"Kuberi sepenuhnya, demi negaraku, oh darahku, hiduplah sepenuhnya, dirgahayu semua." 

Lirik lagu berjudul 'Negaraku' yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir, Altimet, Joe Flizzow dan Sonaone sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun 2016. Tapi sis bukan nak promote lagu ni ke apa, sis nak korang hayati betul-betul maksud tersirat lirik tersebut. 

Bagi sis lah kan, lirik ni simple tapi membawa banyak makna. Sis takda la nak cop diri sis sebagai seorang yang patriotik tapi kadang-kadang ada la jugak sis termenung sekejap fikirkan masalah negara kan (HA KAU HADOO??). Tadi kebetulan lagu ni main kat radio dan sis terus teringat kurang dalam satu minggu kita dah nak menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62, WOW AMAZING! 

Personally, lirik lagu tu membuatkan sis rasa nak imbas kembali jasa pejuang-pejuang dan pemimpin-pemimpin negara yang diberikan tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara, amanat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Tapi itu tak bermakna kita sebagai rakyat boleh lepas tangan macamtu je, ye dok? Kita tak boleh nak mengharap kat depa je, kita juga mesti tanam semangat nak berjasa kepada negara, kecik ke besar effort kita kalau niat kita betul, you WILL BE LOVED dan SENTIASA diingati dengan sewajarnya.

Cliche tapi ini lah yang kita dengar dari kecik sampai besar, kita rakyat Malaysia hidup berbilang kaum. Kalau takda rasa hormat antara satu sama lain dan takda sikap toleransi, macam-macam salah faham boleh berlaku. DON'T BE AN ENABLER, PEOPLE! Sis sayang negara Malaysia kita ni and I'm sure ramai sayang negara kita ni just AS MUCH as I do.

Bukan nak kata kita semua ni semakin berpecah belah (GOD FORBID!!) TAPI semua masalah pasti ada solusinya. Pernah tak uolls terfikir the little things yang dapat menyatukan kita tak kira apa jua keadaan atau sambutan, benda yang kita buat hari-hari pun boleh membuat orang saling menghargai satu sama lain.

Kat sini sis nak tanya, Malaysia ada identiti nasional ke? Jawapannya, ADA. Haa, apa Malaysia punya national identity? Kita mulakan dengan MAKANAN. Siapa je tak suka makan? Senang cakap, makanan lah yang banyak menyatukan manusia-manusia di seluruh pelusuk dunia (KEDUA DARIPADA DIPLOMASI ANTARA NEGARA-NEGARA, KAHKAHKAH).

Sebagai seorang warga Malaysia, majoiti kita semua LOVEEE NASI LEMAK, TEH TARIK DAN ROTI CANAI. You pergi lah kat ceruk bandar dan kampung kat mana-mana pun, ketiga-tiga makanan tu mesti ada punya lah. Nak up sikit, BURGER RAMLY. WEHH, SIAPA JE TAK SUKA BURGER RAMLY TEPI JALAN TUUU? Ni sampai ada SINGAPOREAN NAK SELUDUP BURGER RAMLY MASUK NEGARA DIORANG, HAHAH. Seriously lah, makanan tu semua boleh makan pada bila-bila masa je. YANG PALING PENTING, KITA DAPAT NAMPAK YANG SEMUA BANGSA ENJOY MAKANAN TU. MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN. 

Bila sis nampak scene macamtu kan, sis rasa SANGATLAH bertuah jadi rakyat Malaysia sebab dapat menikmati dan merayakan pelbagai budaya di negara ini. Tapi tu lah, kenapa kita tak boleh nak lebih menghargai the little things kita buat bersama dan ketepikan our differences? 

Sumber: Giphy

Moving onnn. Selain makanan, korang perasan kan SUKAN juga mengeratkan kita as a nation. Contohnya lah kan, ambik cerita OLA-BOLA. Sis nak katakan inilah bukti yang membuat kita rasa kita sebenarnya boleh bersatu dan ada persefahaman yang sama. Cerita tentang sukan bola yang membuat semua orang teruja kerana pada masa tu kita mengharapkan yang terbaik untuk pasukan bola negara kita, mengharapkan kita dapat membuat nama di mata dunia tetapi tanpa mengira menang atau kalah, KITA TETAP RASA BANGGA DENGAN MEREKA. Bukan sukan bola je, BADMINTON, SKUASH, HOKI dan lain-lain lah, KITA AKAN BERSATU MENYOKONG JAGUH-JAGUH NEGARA!! 

Nak cerita lah, masa tu sis baru habis keluar makan nak otw balik lah. Time tu season Piala AFF Suzuki 2018, skuad bola Malaysia dapat masuk final lawan Myanmar kan. Saat genting time tu, team Malaysia dah mendahului team Myanmar (MEMANG DAH NAMPAK LA MALAYSIA YANG REBUT TROFI AFF SUZUKI TU KAN, hehehe), sis terpegun dan berlinang air mata tengok semua orang tengah duduk sama-sama kat kedai mamak tengok TV dengan penuh harapan menyokong skuad bola negara kita.  Lagi best, time tu ada jugak orang tengok bola kat pub dan bar, bersorak dan berpelukan dalam kegembiraan apabila sudah tiba minit terakhir pertandingan dan Malaysia diumumkan sebagai JAGUH PIALA AFF SUZUKI 2018. BROOO, LET ME TELL YOU, WE COULD HAVE NOT BEEN MORE UNITED THAN WE WERE AT THAT TIME!!!

Bagaimana kita bersatu padu menyokong jaguh jaguh negara kita, begitu jugalah kita patut bersatu padu pada setiap hari. 

Persoalannya sekarang, kenapa semangat bersatu kita bermusim? Apa jadi pada hari-hari lain? Renung-renungkan lah.

Post a Comment

0 Comments