SKIM CEPAT KAYA CUKAI PENDAPATAN BOSSKU KENA BATANG HIDUNG SENDIRI


Aku bukan pujangga, penyajak dan yang pastinya bukan antara golongan intelek yang disegani. Yang aku kenal adalah suara hati aku. Kerapkali aku ditanya soalan yang berlazimkan kepandaian. Kerapkali jawapan aku tetap sama. Entah bin Tak Tahu.

Sebelum aku masuk ke topik kita hari ini nak aku memperkenalkan 2 individu yang pernah mengalami kesulitan nak membayar cukai pendapatan seperti Najib jugak.

Individu pertama : Cikgu Rah. Cikgu Rah yang berumur 75 tahun adalah seorang guru persara yang pernah menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sebuah sekolah rendah. Gaji maksima beliau semasa bekerja mencecah RM 2,500. Selama 30 tahun dia berjasa untuk memastikan kita dan anak-anak kita dididik dengan sempurna. 

Sejak bersara pada tahun 1999 beliau menerima wang pencen bulanan sehingga hari ini. Pencen ni kalau ikutkan tak ada lah banyak. Nak hidup pun susah jugak. Tapi memandangkan Cikgu Rah ni persara, dia tak ada lah banyak komplen memandangkan rumah dah dibayar dan kereta cabuk Proton Saga Megavalve suaminya masih ada. TAPI sekitar tahun 2017 Cikgu Rah menerima surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mengatakan yang dia tidak menghantar fail semakan cukai pendapatan pada tahun 1993 (semasa beliau masih berkhidmat sebagai guru). Untuk pengetahuan semua beza masa 2017 dengan 1993 adalah 24 tahun.

Cikgu Rah kata dia memang menghantar semakan cukai tiap – tiap tahun dan duit cukai ditolak dari gaji tiap-tiap bulan. Tapi beliau diperintah bayar cukai campur denda sebanyak RM5,000.00. Dia persara…wang simpanan pun tak seberapa. Anak-anak pun hidup tak mewah. MANA NAK CARI RM 5,000 NI OI!! Kalau nak tahu kisah seperti ini mula terjadi sewaktu IRWAN SERIGAR, TOYOL BELAAN Najib menjadi Pengerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Cikgu Rah diberi sebulan. Kalau tak bayar kena pergi mahkamah untuk didakwa.

Bayangkan la si pembaca oi. Umur dah 75 tahun diorang nak seret ke mahkamah. Meraung cucu kalau tengok kang. Suka tak suka Cikgu Rah terpaksa pinjam duit untuk menyelesaikan permintaan LHDN.

Yang Cikgu Rah tak sedar duit itulah digunakan Najib untuk settlekan hutang 1MDB!! Tu yang dia letak toyol belaannya, IRWANG SERIGALA untuk jadi Pengerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pada bulan Ogos 2018 LHDN disiasat kerana kehilangan RM14.56 billion wang terlebih bayar yang tidak dibayar semula kepada pembayar cukai. Kehilangan wang ini berlaku semasa LHDN dibawah Irwang Serigala.

Kementerian Kewangan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan juga mendapati pembayaran ini dihalang oleh…APA KATA SURVEY??? YA BETUL JAWAPAN HANG…TOYOL BELAAN NAJIB. KENAPA?? UNTUK TUTUP LUBANG BOSSKU LA APA LAGI!!

Individu kedua: Man. Man, pernah bekerja dengan salah sebuah organisasi separa kerajaan. Kerana kerajaan Najib masa tu makin lama makin kering dari segi kewangan maka beliau sebagai seorang jurutera teknikal diminta berhenti (VSS). Beliau seperti Cikgu Rah adalah seorang yang tidak pernah gagal menghantar penyata semakan LHDN setiap tahun. Syarikatnya juga tidak pernah gagal menolak gajinya untuk cukai pendapatan. Dia berhenti kerja sekitar 2016.

Pada bulan Januari 2018 semasa duit VSS beliau dah nak habis beliau menerima surat dari LHDN meminta bayaran sebanyak RM60,000 (termasuk denda) dalam masa sebulan. Pada masa itu beliau masih belum mendapat kerja. Duit VSS tinggal sekerat. Hutang makin bertimbun. Kereta dah dijual. Rumah pulak dah 4 bulan tertunggak. TAPI…cukai tetap kena bayar RM60,000 dalam masa sebulan jika tidak dalam kandang tertuduh la destinasi si Man ni.

Nak tak nak bergadai, berjual dan berhutang, beliau bayarlah RM 60,000. Selang 6 bulan selepas bayar jumlah tersebut rumah dia pun kena lelong. Ada Irwang Serigala kisah? Ada Najib ambik peduli?  


Ok. Macam ni lah. Membayar cukai adalah wajib kerana wang itu lah yang menjana pembangunan negara. Wang itu jugaklah digunakan untuk menjalankan urusan harian negara yang tinggi kosnya. TAPI KENAPA SEMASA TOYOL BELAAN NAJIB MENJADI PENGERUSI LHDN RAMAI INSAN TAK BERSALAH MENJADI MANGSA TANPA PENGAMPUNAN? Yang tua, yang pokai dan yang tak ada kerja.

Baru-baru ni bossku komplen sebab dia kena bayar cukai pendapatan sebanyak RM1.69 billion. Dia minta simpati untuk penangguhan pembayaran untuk sebulan yang diberi. EH COME ON LA BRADER. Dulu masa engkau PM, ada engkau kesiankan orang lain? Tak pun! DULU KALAU KAU TAK INGAT, LHDN BERI ORANG TEMPOH SEBULAN…TAKDE DUIT KER, NAK BELI PAMPERS KE, NAK BELI BERAS KE, SEBULAN DIBERI TANPA PENGECUALIAN. Apa special sangat engkau nak mintak tangguh-tangguh ni? Sebab kau bossku? Sebab kau Najib? Adakah ianya sebab SAMA engkau tak mahu salam Pakcik yang terkinja-kinja nak salam engkau? Sebab peraturan kau tak sama dengan peraturan kita? Undang-undang untuk kita tak sama dengan undang-undang engkau? Engkau tak pernah kenal susah? Engkau elitist? Apa alasan bossku?

Najib dikenakan cukai sebanyak RM1.69 billion (termasuk denda) atas duit yang bernilai RM2.6 billion dalam akaun Ambank dia. Sebagai kenyataan pembelaan diri Najib menyatakan yang sebenarnya duit RM 2.6 billion itu dipulangkan semula…….EH APAKE BANGANGNYA STATEMENT. Tak kisahlah duit tu duduk dalam akaun kau selama 12 saat pun. Dalam 12 saat tu duit RM 2.6 billion tu milik engkau. KESIMPULANNYA CUKAI TETAP KENA BAYAR BOSSKU OI!! ITU ADALAH KONSEP ASAS PENCUKAIAN. TAPI BOSSKU TAK PAHAM KOT.

TAK KISAH LA KAU BOSSKU KE, BASKARAN KE, BASRI KE, AH BONG KE…SEMUA KENA SEMAK DAN JIKA PERLU HARUS MEMBAYAR BAYAR CUKAI!! (sila rujuk laman web LHDN untuk mengetahui siapa dikecualikan cukai) TAPI, JAP! Dia kan bossku. Buatlah salah macam mana pun DIA TETAP BOSSKAU BETUI DAK? Lepas tu, nanti ada lah puak-puak (yang dibayar dan tak dibayar) bersorak kata dia tak bersalah lah dan tak berdosa lah. Dia lah ‘mangsa’ sistem yang tak adil. Suka hati kome lah.

Orang buta pun boleh tahu kepincangan Najib dan kuncu-kuncunya tapi ada yang celik langsung tak nampak NAJIB, ROSMAH, ZAHID HAMIDI, KU NAN dan segala-gala umat UMNO yang menyokong mereka telah menjahanamkan negara.

Adakah mereka semua tu tak akan sedar yang Najib bersalah? Adakah mereka masih mengangkat bossku sebagai penyelamat Islam dan Melayu? Adakah kita memilih untuk menjadi buta kerana kita tak mampu mengaku kebenaran serta realiti Najib sebenar-benarnya? Entah bin Tak Tahu

Tok Becok

Post a Comment

0 Comments