Baru-baru ni aku berjumpa dengan seorang manusia yang juga ahli UMNO. Ayah individu ini adalah seorang pendatang Indonesia yang sampai di Malaysia sekitar 1975. Tahun tu jugak ayah aku selaku Pegawai Cawangan Khas PDRM dan pak mertua aku selaku Pegawai Waran dalam Regimen Askar Melayu tengah sibuk menentang komunis kat sempadan Thailand.
Entah macamana Mat Indon ni ada IC biru dan boleh join
UMNO…itu isu lain kot TAPI Mat ni tak habih-habih berhujah tentang puak DAP ni
puak komunis la…Cina ni lah yang cuba memesongkan orang Melayu macam Rashid
Maidin jadi komunis la. Aku senyap je.
Isu no. 1 - Pejuangan Parti Komunis Malaya adalah
perjuangan IDEOLOGI DAN BUKAN PERJUANGAN KAUM.
Isu no. 2 - Sekitar time ayah dan pak mertua aku tengah
berjuang mempertahankan negara menentang Komunis..AYAH SI INDON BUKAN JE KEJE
DENGAN CINA TAPI TENGAH PASANG BILIK AIR ORANG CINA.
Isu no. 3 - BERIBU PEGAWAI POLIS DAN ASKAR BERBANGSA
CINA DAN BANGSA LAIN (selain Melayu) TELAH BERJUANG DAN BERKORBAN SEMASA
MENENTANG KOMUNIS
DATUK KOO CHONG KONG
Ketua Polis Perak Datuk Koo Chong Kong dan pemandunya
seorang Sarjan Yeung Peng Chong ditembak mati pengganas komunis pada tahun
1975. Beliau banyak menjalankan operasi anti-komunis dan dilihat sebagai MUSUH
UTAMA komunis di Perak. Beliau dibunuh dengan kejam kerana beliau seorang
PATRIOT.
Sumber: Keratan akhbar pembunuhan Datuk Khoo Chong Kong dan
Sarjan Yeung 1975
INSPEKTOR GOH KIM HUA dan SARJAN APAT – Pasukan VAT69
Setelah mendapat laporan dari Unit Cawangan Khas PDRM
Inspektor Goh bersama Sjn Apat (Iban Trackers) telah menjumpai tempat rehat Pengganas
Komunis dan ini telah membolehkan pelancaran assault terhadap
pengganas-pengganas ini. Inspektor Goh dan Sjn Apat tidak gentar dalam
menjalankan operasi mereka kerana kedua mereka adalah PATRIOT. Inspektor Goh
pernah juga menyamar sebagai pengganas komunis.
Imej: Sarjan Apat
Imej: Iban Trackers
TAN SRI YUEN YUET LENG
Unit Jungle Intelligence yang pernah menyamar sebagai salah seorang pengganas Komunis tanpa mengira risiko pada dirinya atau keluarga. Beliau pernah mengalami kecederaan semasa bertugas dibawah Jungle Intelligence. Yang penting adalah kesetiaan kepada negara kerana beliau adalah seorang PATRIOT.
Imej: Tan Sri Yuen Yuet Leng
Sumber: New Straits Times
TAN SRI TOO CHEE CHEW
Beliau dulu pernah secara aktif menentang pengganas
komunis dengan menyamar sebagai ahli Parti Komunis Malaya sekitar tahun 1960an.
TUAN ALOYSIUS CHIN
Bekas SAC ini juga beperanan dalam menentang kemaraan
askar Chin Peng. Beliau berkhidmat dalam Cawangan Khas PDRM juga banyak merisikokan
dirinya dalam mendapatkan maklumat risik dalam menentang PKM.
Ramai lagi PATRIOT yang berbangsa CINA, MELAYU dan
INDIA mengorbankan diri untuk kepentingan negara. JANGAN KITA MELUDAH KEARAH
MEREKA dan lupa jasa mereka yang hingga kini dirasai disebuah negara yang aman
dan damai.
Juga semasa Soekarno mengisytiharkan PERANG TERHADAP
MALAYSIA (GANYANG MALAYSIA) pada tahun 1963…PATRIOT-PATRIOT INILAH YANG MENJADI
BENTENG PEMBELAAN NEGARA.
JANGAN LUPA JASA MEREKA, JANGAN MEMPERKECILKAN
PENGORBANAN MEREKA, SEMUA YANG TELAH MEMPERJUANGKAN KEBEBASAN NEGARA.
Tok Becok
0 Comments