Ramai yang mungkin dah lupa atau tak tahu tentang insiden Memali yang berlaku pada tahun 1985. Insiden ini adalah dimana puak ektrimist PAS telah ‘berperang’ dengan kerajaan Pusat (gi google pls). Sebelum insiden ini Haji Hadi Awang telah mengeluarkan AMANAT HAJI HADI yang menyatakan bahawa UMNO ITU KAFIR.
Amanat ini telah dijadikan fatwa PAS. Keadaan menjadi
lebih keruh apabila PAS memberitahu umat-umatnya jika SEMBAHYANG BERIMAMKAN
IMAM UMNO….SEMBAHYANG ITU TAK SAH. Itu yang time tu jugak wujud 2 imam dalam
satu masjid.(oso pegi google). AMANAT ini jugalah telah menjadi tapak
pelancaran ‘perang jihad’ terhadap kerajaan Barisan Nasional.
18 orang Islam telah terkorban dalam ‘perang’ Memali
ini. Peperangan diantara PAS dan UMNO.
Dibawah ini adalah risalah yang disebarkan. Risalah
AMANAT HAJI HADI.
TAPI…Selepas
‘perkahwinan’ UMNO dengan PAS, HAJI HADI AWANG yang beramanat ni dah pusing
cerita dia dan ‘menghalalkan’ apa yang sebelum ini didakwa KAFIR…Ada dia kisah
yang 18 orang meninggal dunia sebab AMANAT dia tu? AMANAT yang sekarang dia tak
mengaku ‘difatwakan’ dengan ucapan bebaru ni yang berbunyi “PAS TAK PERNAH
KAFIRKAN UMNO” (sila rujuk imej dibawah)
Inilah namanya berputar belit atas nama politik semata-mata untuk mencapai tampuk kepimpinan tanpa mengira cara. MENUKAR FATWA SEMATA-MATA UNTUK BERKUASA. Islam mengajar kita untuk memuliakan diri…BUKAN MENUKAR PRINSIP KEPERCAYAAN UNTUK MENGIKUT RENTAK KETAMAKKAN INDIVIDU.
Ini ke pimpinan yang dicari
Melayu? Ini ke pemimpin yang akan diberi amanah untuk memimpin ummah? Mahukah
Melayu seorang pemimpin yang menukar haluan kepercayaannya atas dasar politik? Entah Bin Tak Tahu.
Tok Becok
0 Comments