Tokoh Negara: Tun Dr. Ismail


Tun Dr. Ismail merupakan salah seorang wakil dalam rundingan mengenai kemerdekaan di United Kingdom pada tahun 1956. Dalam teksbook sejarah ada sebut tentang wakil-wakil rombongan untuk menuntut kemerdekaan tetapi tidak secara mendalam. Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-62 tahun ini, Harian Becok akan berkongsi sedikit sebanyak tentang kronologi menuntut kemerdekaan di London, United Kingdom.

Siapakah Tun Dr. Ismail?

Tun Dr. smail bin Dato’ Abdul Rahman telah dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915. Beliau dilahirkan dari keluarga ternama. Bapanya Dato’ Abdul Rahman bin Mohamed Yassin pernah menyandang jawatan Presiden Pertama Dewan Negara iaitu jawatan tertinggi dalam Kerajaan Johor. Beliau berkahwin dengan Toh Puan Norashikin dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata, empat lelaki dan dua orang perempuan.

Tun Dr. Ismail telah belajar di Sekolah English College, Johor Bahru – Maktab perubatan King Edward VIII College of Medicine Singapore dan kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Australia dan mendapat Ijazah Perubatan dari Uni Melbourne pada tahun 1945 (merupakan anak melayu pertama yang lulus dari university tersebut).

Sekembalinya ke Malaya, Dr.Ismail membuka klinik perubatan sendiri dari tahun 1947 – 1952 pada masa yang sama kerja sambilan di Hospital Besar, Johor Bahru. Tahun 1953 beliau menumpukan sepenuh masa untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air dalam UMNO yang dipimpin oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra. 

Tahun 1948Sebelum tu dia juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor dan juga ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada tahun 1948.

Tahun 1953 - Beliau menyandang jawatan Menteri Hasil Bumi sehingga tahun 1955.

Tahun 1956 - Beliau dilantik jadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Selain itu, pada Mac tahun yang sama beliau mewakili Malaya dalam rombongan ke United Kingdon ke Persidangan Suruhanjaya dalam rombongan Ketua Menteri, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra ke London untuk rundingan-rundingan mengenai Kemerdekaan.

Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Dr. Ismail telah dilantik sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di Washington di samping menjadi wakil tetap Malaya di Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau telah hadir di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam bulan September 1957 apabila Malaya diterima menjadi anggota pertubuhan dunia ini.

Persekutuan Tanah Melayu Menjadi Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1957.

Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Duta Persekutuan Tanah Melayu ke Amerika Syarikat telah dilantik oleh Kerjaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai wakil tetap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Dr. Ismail telah berlepas ke Amerika Syarikat pada 5 September 1957 untuk menghadiri Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-82 pada 17 September 1957.

Di dalam perhimpunan ini, Persekutuan Tanah Melayu telah diterima dengan rasminya menjadi ahli Pertubuhan tersebut. Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Persekutuan Tanah Melayu adalah satu lagi kemajuan dan perkembangan yang dibanggakan dalam proses perjalanan ke arah mengisi kemerdekaan negara sepenuhnya. 

Bendera Persekutuan Tanah Melayu Dikibarkan Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1957.

Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Duta Persekutuan Tanah Melayu ke Amerika Syarikat dan juga wakil tetap Persekutuan Tanah Melayu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelihatan sedang bersalaman dengan Pengerusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu Sir Leslie Munro semasa Melayu diterima dengan rasminya menjadi ahli Pertubuhan tersebut pada 17 September 1957.

Itulah sedikit sejarah hidup Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman yang telah berjuang bersama Tunku Abdul Razak menuntut kemerdekaan Malaya pada tahun 1956. Fun fact! Taman Tun Dr Ismail adalah sebuah kawasan perbandaran utama yang terletak di Kuala Lumpur berhampiran dengan sempadan Selangor. Kawasan itu juga sering digelar dengan nama singkatan "Taman Tun" atau "TTDI". Kawasan perbandaran tersebut dinamakan sempena Tun Dr. Ismail, yang merupakan duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat. Tun Dr. Ismail dihormati sebagai tokoh ketiga paling berpengaruh pada ketika itu.

Selain itu, TTDI juga dinyatakan telah dibina di atas premis berikut, "Jika rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dibawa bersama dalam komuniti yang menyenangkan, dengan banyak peluang untuk berinteraksi dengan jiran, mereka akan lebih menyedari perkara-perkara yang mereka mempunyai kesamaan dan kurang menyedari aspek-aspek di mana mereka berbeza. Sekiranya anak-anak mereka bersama-sama bersama dan campurkan dengan bebas di sekolah dan di padang permainan, mereka akan memikirkan diri sendiri dan antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia dan bukan Melayu, Cina atau India" - Anonymous

Sumber: Arkib Negara

Post a Comment

0 Comments