Sumber: Sinar Harian
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, dengan kadar sewa serendah RM100 sebulan, penyewa mempunyai tempat tinggal sehingga mereka mampu berdikari dan mampu mendapatkan kediaman lebih selesa.
"Peningkatan harga rumah di Kuala Lumpur adalah masalah dihadapi rakyat untuk memiliki kediaman mahupun menyewa dengan harga berpatutan.
"Golongan muda antara yang terbeban dengan masalah ini. Ada di antara mereka bukan berasal dari Lembah Klang seperti Sabah dan Sarawak tidak mempunyai saudara mara serta kenalan di Kuala Lumpur.
"Bagi meringankan permasalahan ini, DBKL mewujudkan rumah bandar yang bersifat sementara sehingga mereka dapat berdikari dan mampu mendapatkan kediaman yang lebih selesa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sumber: BFM News Twitter
Unit perumahan mikro DBKL ini terletak di Lot 54 & 56 Jalan Tuanku Abdul Rahman. Penyewa dibenarkan tinggal selama maksimum 18 bulan. Permohonan Online telah dibuka pada bulan Ogos 2019. Pemohon yang berminat boleh berkunjung ke laman web rasmi DBKL: http://eperumahan.dbkl.gov.my/eRumah/index.php
Untuk menyewa satu bilik, penyewa perlu memenuhi kriteria berikut:
- Rakyat Malaysia
- Single (tidak berkahwin)
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun
- Pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan
- Tidak memiliki rumah
- Tidak ada kereta
- Mempunyai pekerjaan
Keutamaan diberikan kepada mereka yang bekerja dalam lingkungan 5 km dari kawasan perumahan mikro dan mereka yang bukan dari Kuala Lumpur dan hidup lebih dari 25 km dari kawasan tersebut.
Sumber: SAYS.com , Sinar Harian , BFM News Twitter , Facebook



0 Comments