Kenapa Rakyat Marah Sangat Kat Kerajaan Sepenggal?



1)     Sebab Video Semburit tak ada conclusion
2)     Sebab harga barang mahal sangat
3)     SST tak kurangkan harga pun
4)     Sebab toll tak free pun
5)     Sebab PTPTN tak free pun
6)     Sebab harga petrol tak turun
7)     Sebab Bossku dan Wak Komedi tak masuk jail pun
8)     Sebab masih tak mampu nak beli rumah
9)     Sebab asyik Jual Aset Negara
10)  Sebab hutang negara makin bertambah
11)  Sebab tak tahu bila Anwar jadi PM
12)  Sebab DAP masih banyak kerusi kat Parlimen
13)  Sebab DAP nak Malaysian Malaysia
14)  Sebab Islam terancam
15)  Sebab masalah Jerebu dari Indonesia tak selesai
16)  Sebab Zakir Naik tak dibuang dari Malaysia
17)  Sebab Tun kata Melayu tak rajin
18)  Sebab asyik-asyik nak ungkit 1MDB
19)  Sebab JhoLow masih tak jumpa kat mana
20)  Sebab ramai graduan masih tak dapat kerja

Inilah dia di antara sebab-sebab kenapa Rakyat Malaysia marah sangat. Marah sebab at least 20 perkara tak settle. Sebenarnya, Rakyat Malaysia ingat, masa undi Pakatan Harapan dulu, ada Jin Biru dalam botol akan keluar. 



Jin ni sebenarnya boleh selesaikan masalah semua masalah Negara. Tapi Jin ni tak keluar-keluar dari botol. Kalau dia keluar pun, dia hanya boleh selesaikan TIGA MASALAH sahaja. So tak payah beranganlah Jin ni boleh settle segala-galanya dengan sekelip mata. Inikan lagi Kerajaan Sepenggal yang baru ni.

So apa kata, you all yang pandai sangat mentadbir negara melalui Sesawang Facebook ni, ambil alih Kerajaan Sepenggal. Tun pun baru 24 tahun mentadbir kerajaan Malaysia. You all kan lagi pandai dan hebat. Cuba you all bagi cadangan, macam mana nak selesaikan Hutang 1MDB. Tak payah dok focus kat Video Semburit. Yang tu tak mendatangkan hasil. 
Kalau tahu pun siapa kat atas katil tu, GDP Malaysia tak akan naik. Hutang 1MDB tak akan settle. So jangan bazir Ruang Otak anda kat benda yang tak bermanfaat. Sila carik bahan lain kalau nak hentam Kerajaan Sepenggal ni pun.

Admin syorkan, you all berhenti kerja. Cakap kat Tun Mahathir, you all lagi hebat dalam hal ehwal ekonomi ni. Cakap kat Tun, you all lagi banyak pengalaman dari Tun Daim. Setakat Donald Trump, Currency War, Trade War dengan China, Brexit – alahai, sap sap sui la.. You all boleh handle kan?

Cakap kat Tun, rombak cabinet cepat-cepat. Bagi kat you all yang komen banyak sangat ni, jadi Menteri Kewangan, Menteri Pendidikan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tengok boleh tak bangunkan negara? Boleh tak balance the Books? Ke lagi cepat menjahanamkan negara style Bossku? Cakap kat Tun, you all boleh control harga barang. Boikot BMF tu kononnya gila babi punya successful kan? So sekarang ni confirm you all boleh kurangkan harga petrol. Hutang negara pun confem you all tahu macam mana nak tutup lubang besar yang Bossku dah gali.

Nak email Tun? PM tepi. Nanti Admin bagi. Tapi sebelum tu, tolong syorkan Strategi-Strategi bernas untuk selesaikan 20 masalah di atas yang you all dok ratib secara berjemaah. Kalau setakat nak mengutuk jer semua orang boleh buat. Kalau semua Kerajaan buat tak betul, apa kata Hampa semua take over. Ada berani?












Post a Comment

0 Comments