Kenali Proxy Najib - Ismee Ismail – CEO Tabung Haji, Pengerusi SRC, Pengerusi TV Alhijrah, Naib Pengerusi TH Plantantions, Lembaga Pengarah Media Prima dan lain-lain lagi
Macam la kat Malaysia ni dah tak ada orang lain kan? Admin pun tak faham.
Tapi, macam tu la cara Najib tadbir negara sampai nak bankrap dibuatnya. Cuma kita jer tak nampak betapa teruk.
Diletaknya kroni-kroni jahanam kat tempat yang banyak duit, pas tu dia buat transaksi jual beli, kaut untung – masuk poket siapa – hangpa pikiaq sendiri la naaaa..Transaksi tu bukannya kecik, mesti dalam kategori “The Largest in the World”. Deal kecik-kecik tak main, ok.
Dalam artikel ini, Admin nak citer sikit tentang karakter Ismee Ismail ni. Haa, cuba tengok list panjang jawatan dia. Mungkin ada lagi banyak, tapi cukup la sekadar nak bagi tau Followers Harian Becok Modus Operandi si Penyamun Malaya.
Macam mana dia kawal maklumat dan bentuk minda Rakyat Malaysia dengan tipu helah.. Mana mana dia menang PRU 13 dengan cara manipulasikan lubuk-lubuk emas macam Tabung Haji, EPF, KWAP, Khazanah dan lain-lain.
Cuba kita teliti kes Ismee ni.
https://sg.news.yahoo.com/ex-src-director-ismee-denies-055632735.html
The former Lembaga Tabung Haji (TH) chief executive also revealed that he was also previously questioned about the use of TH's funds for politically linked activities, and that he had misrepresented information to the Tabung Haji board pertaining to the sale of an oil palm estate in Indonesia in 2012 and 2013.
Dalam artikel ini Ismee mengaku dia dah kena blacklist daripada keluar negara. Dia tak boleh keluar negara dan dua akaun bank dia kat luar negara dah kena beku. Sebelum ni, dia syok la dok travel pi London tiap-tiap tahun. Pi Mekah, nak check la Jemaah la, apa kelentong ntah – pas tu Transit London, satu family. Eh, yang ni satu dunia dah tau.
Sekarang ni, anak nak hantar pi belajaq kat UK pun dah tak boleh, sebab duit dah kena sejuk beku. Last-last belajaq kat Malaysia jer la. hahahaaa. sian. Duit dah kumpul-kumpul, tapi tak leh nak cash out pulak.
Bila peguam tanya kenapa duit kena beku, dia cakap, mungkin
sebab dia terima pampasan gaji sebagai Pengerusi/Lembaga Pengarah SRC
International. Dia sendiri pun tak tau. Sama jer ngan Bossku.
Persoalannya sekarang, hebat sangat ke Ismee ni pegang Tabung
Haji, TH Plantations kat Indonesia. Tak cukup dengan bisnes Jemaah Haji, Ladang Sawit bagai, disuruh pulak jadi Boss kontrol TV dan
stesen radio kat Malaysia ni? Akauntan jaga TV Station. Kelakar la.
Hangpa nampak tak kelicikan Si Penyamun ni bila pakai proxy. Ismee ni background dia Perakaunan. So,you all faham-faham sendiri la kan, orang hebat main akaun ni, macam-macam boleh sorok, boleh ubah, boleh tipu. Manipulate figures la Omputih cakap.
Sebab tu la kot, Ismee ni jadi Feveret Bossku.
Dia arah suruh beli ini, beli itu, buat IPO la, harga ikut suka
hati mak bapak dia – pastu nanti kalau Orang Kampung nak marah, nak soal
banyak2 kita kawal Media. Kita kawal Informasi, kawal Bernama, kawal Buletin
Utama, pakai teknik propaganda la kan, of kos.
Program Jom Heboh sini sana tu, anjuran Media Prima, sekali buat
Heboh kat satu tempat – hangpa tau ka berapa juta sekali keluar? Last-last apa dah jadi kat Media Prima? Hancus, nak dekat
bankrap sampai berapa ribu orang kena buang keje dah kan? #adaakukesah
Artikel tu pun turut soal kenapa dia tipu maklumat mengenai Jual
Beli Ladang Kelapa Sawit kat Indonesia? Apa pulak citer jual ladang ni?
Haa, tunggu lain hari. Tak leh nak citer semua, nanti pening.
0 Comments