Sumber: Malaysiakini
KUALA LUMPUR - Baru-baru ni kita dengar kata sana-sini, rider-rider Food Panda mogok. Al-kisah rider-rider dari Johor dan Pulau Pinang (luar Kuala Lumpur). Kenapa la agaknya rider kat sana je yang mogok. Nak pendekkan cerita, syarikat pengendali Food Panda telah merombak skim pembayaran rider dengan mengurangkan elaun setiap jam tapi meninggikan elaun insentif di kawasan-kawasan luar Kuala Lumpur.
Aku pun pergilah cari rider Food Panda disekitar area Taman Tun. Aku berborak jap dengan adik sorang ni yang tengah meratah keropok lekor sebab tengah break. Aku meminta maaf sebab menganggu masa rehatnya dan bertanya “ Dik…apa cerita mogok Food Panda ni’? Adik tu sambil mengunyah keropok lekor (yang nampak sedap) jawab soalan aku. Rupanya skim baru ni hanyalah untuk kawasan-kawasan di mana tak banyak penggunaan servis Food Panda.
Dari segi perniagaan tindakan Food Panda memanglah logik. Adik ni pun tambah “Kalau bayar sama kat diorang tak adil kat kami gak bang…kami ni banyak delivery”. Adik ni sempat gak bagi tahu aku yang dia sebenarnya buat part-time. Kebanyakkan rider Food Panda memang buat part-time. Abam Polis pun ada jadi rider Food Panda tambah beliau..
Pengendali Food Panda bukan saja-saja menukar skim elaun tetapi berbuat demikian untuk mengurangkan kerugian. Kalau dibayar elaun tetap pada kadar sama dengan kawasan yang mempunyai banyak penghantaran memanglah tak adil kepada pengendali dan juga rider-rider di area seperti Kuala Lumpur. Kerja tak sama….tak mungkinlah gaji sama.
So sebelum kita melompat marah dengan Food Panda, kita harus lihat dari sudut perniagaan. Di mana kita untung kurang kita kurangkan kos operasi. Di mana untung lebih kita maintain atau meningkatkan lagi kos operasi (overhead).
Yang penting kita tak salah tafsir apa yang dilakukan pengendali Food Panda dan melihat perkara ini dari segi objektif dan logik.
Inilah lumrah perniagaan. Inilah lumrah kehidupan. Jika kita terima sesuatu seperti seadanya, kehidupan akan sentiasa lebih ceria.
BTW….kalau still tak puas hati GRAB kan ada…

0 Comments