Luqman Hakim Masuk Kelab Bola Belgium Kategori B-18

Sumber: Malay Mail

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Penyerang skuad Bawah 18 (B-18) negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mengembangkan sayap kariernya sebagai pemain bola sepak profesional apabila dia bakal menandatangani kontrak bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.
Luqman yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-18 pada Mac 2020 terlebih dahulu akan menjalani latihan bersama Cardiff City FC pada awal Januari depan sebelum menyertai KV Kortrijk selama lima tahun selepas genap 18 tahun.
Itu bermakna Luqman bakal menjadi pemain bola pertama negara dan keempat di Asia yang beraksi dalam liga Belgium.
KV Kortrijk kini berada di tangga ke-11 liga utama Belgium merupakan milik kepada hartawan negara iaitu Tan Sri Vincent Tan.
"Berita gembira untuk bola sepak negara. Bagaimanapun semuanya bergantung kepada Luqman kerana dia tidak boleh berputus asa."
"Sebagai rakyat Malaysia, kita kena tolong rakyat sendiri. Sama ada berjaya atau tidak semuanya bergantung kepada Luqman. Dia pemain pertama yang melakukannya dan saya berharap pemain lain akan mengikuti jejak langkah Luqman," kata Vincent dalam ucapannya di sini hari ni.
Sumber: UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments