Sumber: Harian Metro
Inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memang dinantikan
ramai. Setiap lapisan masyarakat menunggu dengan penuh sabar keputusan Mahkamah
Koroner. Macam-macam spekulasi dibuat. Ada yang berbaur perkauman. Ada yang
ingin menyalahkan pihak bomba. Ada yang menyalahkan pihak polis. Pihak
pembangun dan peguam mereka juga disalahkan.
Di sinilah Mahkamah Koroner memainkan peranan amat
penting dalam menentukan penyebab kematian Arwah Adib.
Proses ini terpaksa dilakukan untuk memastikan yang
sebab kematian beliau adalah tiada keraguan (beyond reasonable doubt). Kepada yang ingin
tahu fungsi Mahkamah Koroner ialah untuk menjalankan suatu inkuiri bagi menentukan
samada kematian (Arwah Adib) itu mempunyai unsur jenayah atau foul play atau
kematian secara mengejut atau secara semulajadi.
Selepas inkuiri
dibuat, iaitu dengan memanggil saksi-saksi yang terlibat dalam kes berkenaan,
Majistret haruslah mencapai satu keputusan atau verdict yang kemudiannya perlu
dilaporkan kepada Pendakwaraya atau Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan
selanjutnya.
Disinilah lahirnya
Inkues Arwah Adib yang kini menjadi buah mulut satu bumi Malaya.
Walaupun inkues dikeluarkan dan jenayah sudah dikenal
pasti, ada juga doktor tak bertauliah di laman sosial media yang mempersoalkan
kenapa Arwah Adib meninggal 21 hari selepas masuk ke hospital dan sempat
bercakap dan duduk sekejap.
Itu tidak penting. Arwah Adib meninggal kerana
kecederaannya. Arwah Adib dipukul. Keadilan bagi beliau ADALAH WAJIB. Ini yang
kita semua mahukan.
Tetapi yang pasti ada di luar sana beberapa individu
yang bersifat binatang, tidak mempunyai perasaan belas kasihan yang telah
memukul Arwah, seorang anggota bomba bertugas untuk memastikan keselamatan
mereka tetapi dipukul dengan teruknya sehingga menyebabkan kematian beliau.
Persoalannya kini ialah apa akan terjadi
setelah inkues Arwah Adib?
Laporan (Inkues) akan dihantar kepada Pejabat
Pendakwaraya atau Timbalan Pendakwaraya. Mereka akan memberi arahan kepada
pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
PDRM akan menyiasat dengan lebih mendalam tentang
elemen-elemen jenayah yang terlibat. Polis akan menangkap individu-individu
yang disyaki dan akan mendakwa mereka di bawah Kanun Keseksaan Malaysia (Akta
574).
Suspek-suspek akan diheret ke mahkamah dan perbicaraan
akan diadakan untuk mengetahui kenapa mereka bertindak sedemikian
Bila mereka didapati bersalah, mereka-mereka ini
mungkin menghadapi hukuman gantung mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Malaysia atau hukuman yang setimpal.
0 Comments