Perkhidmatan Kaunseling (PCC) Untuk Golongan B40 Di Kuala Lumpur

Imej: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Hannah Yeoh, di pelancaran Psychological Care Centre (PCC) di Perumahan Awam Desa Rejang, Setiawangsa pada 17 September 2019.

Jabatan Kebajikan Masyarakat, telah menubuhkan sebuah Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling di Kuala Lumpur untuk golongan B40. Inisiatif ini diperkenalkan oleh KPWKM dan JKM yang menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada golongan komuniti tersebut. Secara tidak langsung yang berada berhampiran dengan tempat tinggal mereka. 

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (PCC) itu beroperasi di sekitar Perumahan Awam Desa Rajang, Setiawangsa pada hari Isnin sehingga Jumaat sahaja bermula daripada pukul 8:00 pagi - 6:00 petang.

Pusat Perkhidmatan tersebut dibantu oleh 50 orang sukarelawan yang mempunyai kelayakan sebagai kaunselor berdaftar dan ahli psikologi. 

Statistik JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunjukkan seramai 1,929 orang telah mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dari bulan Januari sehingga Julai tahun ini melibatkan kanak-kanak berusia 4 tahun sehingga mereka yang berumur 74 tahun. 

Statistik ini menunjukkan peningkatan yang agak drastik berbanding sepanjang tahun 2018 iaitu seramai 671 orang (berumur 6 tahun sehingga 71 tahun) dan ia menunjukkan keperluan perkhidmatan ini semakin meningkat di kalangan masyarakat.

Setakat ini, PCC telah membantu lebih 50 orang yang telah mendapatkan khidmat kaunseling secara percuma yang beroperasi sejak Januari tahun ini.


Sumber: Twitter

Post a Comment

0 Comments