Rezeki daripada Najib Bossku




Rezeki daripada Najib ka?

Progressive Malay sangat tertarik dengan pendedahan Datuk Amhari minggu ni. Banyak betul cerita-cerita yang mengejutkan terkeluar juga akhirnya. Allahu Akbar. Terkejut yang Amhari si Mamat senyap ni tetiba share segala-galanya kat Mahkamah. Yang selama ni, Warga Bossku dok kata Fitnahlah, Tipulah, Character Assasination la, dan macam-macam lagi.
Ha.. sekarang ni Hampa dah percaya ke belum? Ke masih lena dibuai mimpi indah di Bossku Wonderland?
Yang menariknya, Datuk Amhari ni naik jadi orang kanan Najib selepas Datuk Azlin meninggal dunia sebab helicopter terhempas. Hak tu pun menjadi tanda tanya – but that’s a story for another day lah kan. Lepas pada tu, Datuk Amhari ni diangkat sebagai Pegawai Khas Najib, masa tu umur dia belum cecah 40 pun. Dah rezeki dia la kan, yang tu kita jangan nak soal.
Datuk Amhari ni cekap jadi gatekeeper Najib. Semuanya nak kena tanya dia dulu. Eh macam mana PM tau? Sebab PM pun pernah la dealing dengan Mamat Amhari ni dulu. Zaman-zaman pre-1MDB terbongkar. So kenal la jugak Datuk Amhari ni.
Baru dua hari naik turun mahkamah, dah macam-macam BOM dikeluarkan.
Di antaranya, Datuk Azlin stress. Duit 1MDB digunakan Reza Aziz untuk buat filem, beli hartanah merata dunia. Disuruh pulak bukan akaun di China, di Thailand. Dikerah ikut arahan Jho Low. Diarah selamatkan hutang 1MDB, Jho arah lupus dokumen emel, dan macam-macam lagi.

Silalah baca sendiri link di bawah :






Yang peliknya, kenapa sekarang dia baru nak cerita? Kenapa dulu semuanya sunyi sepi. Patuh sangat dengan arahan Bossku? Bossku suruh terjun pun Hang terjun?
Takut kehilangan kerja, nanti anak bini Hang makan pasiaq, gitu?
Lepas BN/UMNO dah kalah, barulah story-story yang busuk ni keluar. Barulah nak cakap stresslah, tertekanlah, kecut perut lah…Kalau BN/UMNO menang, hampa pun akan continue jer la “Saya yang menurut perintah”. Cam tu?

Soalnya, Rezeki kita siapa yang susun? Bukan ke dah tertulis?
Soalnya lagi, berkat sangat ke rezeki bila buat kerja kotor macam ni?
Hai manusia, masih leka dengan hiburan dunia!!! Dah jatuh tersungkur, baru nak terngadah.

Entahlah, Progressive Malay pun dah tak kuasa nak berceramah pasal Keislaman Orang Melayu ni kekadang. Ingatkan pandai, tapi korengggggggg…..
Walaubagaimanapun, dah ramai yang berani ke hadapan kat Mahkamah, bukak pekung Si Penyamun Malaya. Syukur Alhamdulillah. Semoga kebenaran terserlah dan Si Penyamun dihumban ke River Bamboo Lodge. Ameen.

Yang kamu ni amacam, Penyokong Tegar Penyamun? Bila nak suap nasi ke mulut, ucap Bismi Najib ke Bismillah? Saja je tanya, takut akidah hampa dah terpesong!



Post a Comment

0 Comments