Paying PTPTN loans is one way companies could show appreciation to their employees.#ptptn #taxrelief #budget2019 pic.twitter.com/8ISdUae85x— Malay Mail (@malaymail) September 17, 2019
Sumber: Malay Mail Twitter
Pemilik Syarikat rangkaian perindustrian Hii Ding Sin telah mempraktikkan cara untuk mengekalkan pekerjanya dengan membantu mereka membayar balik pinjaman PTPTN mereka.
Pengarah Urusan Vector Infotech Sdn Bhd menyatakan sebab beliau mengamalkan idea tersebut kerana dia tidak mahu kehilangan 'interns' yang mempunyai potensi yang baik untuk syarikat tersebut.
Pengarah syarikat tersebut berkata bahawa ideanya membawa beliau kembalik ke kampung halamannya di Sibu untuk mencari pelatih yang sesuai daripada pelajar-pelajar Universiti Kolej Teknologi Sarawak.
Sumber: Lobak Merah
"Setelah tamat latihan mereka, mereka akan ditawarkan pekerjaan di syarikat tersebut dan mereka akan dinilai melalui pemerhatian penyelia secara langsung, syarikat itu akan membantu mereka membayar balik pinjaman PTPTN mereka," katanya. Tambahan lagi, arahan telah diberikan kepada 'head of departments' untuk mengenal pasti pelatih yang layak.
Beliau juga memberitahu bahawa syarikat itu tidak mengikat pekerja dengan kontrak walaupun syarikat itu telah membantu mereka membayar pinjaman pelajaran mereka.
"Ia merupakan tanda penghargaan daripada syarikat itu kepada pelatih-pelatih yang layak menerima bantuan tersebut," katanya, sambil mempertengahkan bahawa selain pembayaran balik pinjaman, syarikat itu juga membayar pembayaran statutori lain seperti KWSP dan Perkeso.
Di samping itu, Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN (Dasar dan Operasi) Mastura Mohd Khalid berkata perbadanan itu mula menawarkan pelepasan cukai bagi majikan di bawah Bajet 2019. Tawaran itu sah sehingga 31 Disember tahun ini.
Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN menggalakkan majikan untuk mengambil kesempatan daripada tawaran itu kerana ia adalah salah satu cara syarikat dapat menujukkan penghargaan mereka kepada pekerja-pekerja mereka. Untuk melayakkan skim ini, pekerja mesti bekerja sepenuh masa dengan syarikat itu.
Majikan boleh membayar pinjaman PTPTN pekerja mereka melalui www.ptptn.gov.my (Portal Majikan Online).
Sumber: Malay Mail
0 Comments