5 PETANDA SEDIA WUJUD YANG HADI AKAN KHIANATI MUAFAKAT

Sumber: Berita Harian

Hadi Awang adalah seorang yang vokal. Bila dia bersuara, suara lantangnya bukan hanya tak bertapis tapi bersifat tidak malu untuk memenangi sokongan tanpa mengambil kira kredibilitinya sebagai seorang ‘pemimpin ummah’. Hadi tidak kisah kepala mana yang dipijak atau hati siapa yang terguris. Jika tangan Azmin dan tangan Tun boleh meningkatkan lagi popularitinya maka tangan-tangan itulah yang dia akan menjulang ke langit.

Bagi Hadi, yang penting adalah imejnya menjadi makin kontemporari dan diminati ramai. Tak kisahlah siapa terasa ataupun terkilan. Hadi akan tetap bersuara. Sifat sembrono ini jugalah yang menyebabkan Hadi menulis amanatnya tanpa mengira implikasi tulisan beliau kepada para pengikut. Amanat ini juga yang telah menjadi pegangan falsafah segelintir peyokong PAS yang telah mengakibatkan insiden berdarah Memali 1985. 

Petanda 1 – HADI IKUT CAKAP HADI
Sebagai individu yang wujud dalam komponen Muafakat Nasional ianya amat pelik bila Hadi mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Azmin Ali yang MENYOKONG Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal. Apakah motif sebenar statemen tersebut? Adakah ianya untuk mensabotaj kedudukan Anwar Ibrahim atau satu kenyataan yang dibuat bermotivasikan populariti? 

Petanda 2 - HADI IKUT SUKA HADI
Dalam ketaksuban mencari sokongan populariti Hadi pernah berkata Khawarij dan Syiah juga boleh memasuki PAS. Statemen ini telah membangkitkan kemarahan pelbagai pihak. Tapi Hadi tak kisah. Sebab apa yang nak dibuat Hadi, dia buat dan cakap suka hati dia. 

Petanda 3 – HADI TIDAK SETIA KEPADA SESIAPA
Pada suatu ketika dahulu Hadi pernah menyuarakan sumpah setia terhadap DAP sebagai sekutu politik mereka. Siap berpeluk dan mengeluarkan kata-kata manis tentang bagaimana DAP adalah lebih bagus dari UMNO. Selang beberapa tahun, DAP dicerai talak tiga dan UMNO pula ‘dinikahi’ dalam satu majilis besar-besaran. Ini menunjukkan yang Hadi tidak mempunyai sifat kesetiaan. Ini bermakna kesetiaan beliau terhadap UMNO mempunyai tarikh luput sama seperti sekutu-sekutu PAS sebelum ini. Adakah UMNO sedar tentang realiti trend politik Hadi yang mengikut angin kehendak beliau?

Petanda 4 – HADI GILA KUASA
Kerap kali Hadi menyatakan yang beliau tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. AKAN TETAPI setiap langkah yang diambil beliau seperti mengambil alih jawatan Presiden PAS, menyatukan PAS dengan UMNO dan mengenepikan kehendak TG Nik Aziz supaya tidak sekali-kali sekongkol dengan UMNO menampakkan secara jelas cita-cita beliau untuk menjadi pemimpin utama negara. KEINGINAN beliau untuk menjadi pemimpin utama negara akan menjadi penyebab konflik besar diantara UMNO dan PAS di masa akan datang (jika mereka dipilih untuk memimpin negara)

Petanda 5 – HADI PERKUDAKAN ISLAM
Yang dulu dikafirkan kini menjadi sahabat akrab. Hadi menggunakan Islam sebagai kuda tunggangan, menukar cerita serta misi perjuangan beliau mengikut musim politik baru. Putar belit sudah menjadi lumrah beliau. Apa yang dituturkan hari ini berbeza sungguh dari apa yang dikatakan sebelumnya. Dia menggunakan Islam untuk menjustifikasikan sifat lalangnya. HADI AWANG TIDAK MEMPUNYAI KESETIAAN. BELIAU HANYA DIDORONG CITA-CITA RAKUS UNTUK MERAMPAS TAMPUK KEPIMPINAN NEGARA APA CARA SEKALIPUN.

INILAH AMANAT SEBENAR HADI AWANG. BUKAN UNTUK ISLAM. BUKAN UNTUK UMMAH TAPI UNTUK MEMUASKAN SIFAT TAMAK BELIAU UNTUK MENJADI KETUA PEMIMPIN NEGARA. 

Petanda untuk beliau mengkhianati sekutu-sekutunya bukanlah perkara baru. Petanda yang harus menjadi TANDA AMARAN bagi mereka-mereka yang teguh berdiri bersama MUAFAKAT NASIONAL.

Post a Comment

0 Comments