Kenapa GST harus ditolak, padahal sistem ni semua orang kata bagus?



Hakikatnya Kerajaan Pakatan Harapan menang sebab manifesto Tolak GST. Masa tu semua orang rasa perit sangat sebab harga barang naik mendadak. Gaji pulak tak naik-naik, tapi harga barang naik macam roket.

Of kos la Rakyat tak happy.

Duit RM50 dah jadi macam 50sen. Tak payahlah nak tolak troli kat Tesco kalau duit dalam poket hanya banyak tu. Sebab tulah rata-rata rakyat Malaysia tak mau GST -  Gasak Sampai Tumbang.



Ye betul, sistem GST tu lagi telus daripada SST. Lebih daripada 170 negara menggunakan sistem cekap GST ni. Sistem GST mampu meraih lagi banyak hasil daripada SST – sebab semua orang tak boleh nak lari daripada membayar hutang. Yang kaya maupun yang miskin. Nama Mat Saleh GST ni “Consumption Tax”. Makan jer kena cukai. Minum kena cukai. Beli apa pun semua kena cukai, kecuali “Barang-barang yang terkecuali” – yang senarainya tak lah panjang mana pun.

Sistem ni memang hebat untuk orang-orang yang selalu nak elak bayar cukai. Semua orang yang berbelanja, confem kena bayar cukai. Sebab tu lah GST ni dikatakan bagus. Ianya juga boleh memansuhkan “Black Economy” – maksudnya semua bisnes yang curi-curi tak mau bayar cukai dah tak boleh Escape. Kat Malaysia ni Black Economy memang boleh tahan jugak. Almaklumlah, siapa yang suka bayar cukai? Sebab tu time GST, hasil cukai lebih daripada 40 billion. SST baru setengah daripada amaun tu.

Sekarang ni, kita nak citer la sikit pasepa yang GST ni tak berapa bagus untuk Malaysia buat masa ni. Mungkin later-later kita boleh laksanakan, tapi bukan sekarang. Menteri pun dah cakap, NO GST.



  1. Sebab bila GST ni diperkenalkan, memang hakikatnya harga barang akan naik selama tiga tahun. Itu standard procedure. Lepas tu barulah harga barang akan “Stabilise”. Harga barang tak akan turun, cuba jadi stabil. Faham ye? Time tu, Inflasi akan melonjak. Tapi kes ni bukan unik buat Malaysia – semua negara pun bila tukar sistem cukai ke GST, akan melalui rentak yang sama. Kadar Inflasi Akan Meningkat.
  2. Orang Miskin yang tak sepatutnya dicukai sebab Pendapatan mereka tak seberapa pun kena bayar cukai. Sebab tu la banyak barang di pasar basah tidak dikenakan GST masa zaman BN. Tapi apa yang jadi masa zaman GST dulu? Bagi BR1M pun orang miskin masih mengeluh kan? Masih tak boleh nak cover barang harian yang tidak dikenakan GST. Bilangan B40 kita masih besar di Malaysia, berbanding dengan kadar pembayar cukai yang hanya beberapa juta sahaja. M40 pun masih “Struggle” nak hidup kat bandar. So, selagi gaji tak naik, memang GST ni tak sesuai lagi untuk dilaksanakan. Kalau tidak, kita akan masuk cycle yang sama – Naikkan BSH. Naikkan Cukai. Lagi ramai pulak yang mengeluh.
  3. Masa GST dilaksanakan, ramai “orang tengah” mengambil peluang untuk meraih keuntungan yang lebih. Suka-suka hati naikkan harga. KPDNKK yang sepatutnya melaksanakan pengawalan ketat pun tak berjaya nak kawal harga barang. Penjaja, pemilik restoran, kedai mamak pun ramai yang Syok Gila menaikkan harga barang. Disebabkan terlalu ramai yang mengambil peluang keemasan untuk Untung Besar,  kami pengguna yang terpaksa menanggung beban. Sakit hati pun ada. Geram pun ada. Last2, BN kalah. Yeay!
  4. Tidak cukup persediaan. Walaupun pihak kastam telah bertungkus lumuh melatih para pekerja, beli software, buat roadshow, buat talkshow, TV show dan segala show…. untuk Pelaksanaan GST – masih ramai Syarikat-syarikat SME di Malaysia yang masih kurang pemahaman. Sebab bab cukai ni sangat-sangat Teknikal. Nak faham memang susah. Bukan sebab kita bodoh – tapi sebab memang kita bukan Tax Expert.
  5. Ramai Syarikat, bila dah tak faham, atau buat-buat tak faham,  “pass down” cukai kepada Pengguna. Sebab tulah yang ramai komplen harga melambung. Ada harga barang yang naik sampai dua kali ganda, sebab tak paham apa benda Input dan Output Tax, tauke main hantam karomo jer cukai. Oh pening!
  6. Adooiiiii – Yang last sekali dan yang paling perit untuk syarikat. Setiap kali keluar invois baru – syarikat tu terus kena bayar GST. Padahal, duit belum dapat pun daripada customer. Baru invois jer. Sebab tulah ramai syarikat yang gulung tikar sebab tak larat nak “forward” payment cukai dulu, sebelum dapat duit daripada Client.


Pendek kata, memang We all semua tak Ready nak adopt sistem GST ni. Banyak persediaan yang harus dilaksanakan. Penguatkuasaan pun kena cekap. Rakyat pun kena “happy” kena cukai hari-hari, kiri dan kanan walaupun poket berlubang.

Selagi tak sanggup, tak payahlah nak Gebang pasal GST ni.

Post a Comment

0 Comments