Dah lebih seminggu
kot isu Konvo kat UM tu jadi bahan bualan. Jadi bahan pertikaian di media
sosial. Jadi topik perbincangan di Universiti-universiti lain. Kecoh la University
Malaya ni yang dahulu kalanya sangat berprestij. Ramai student nangis la kalau
tak dapat masuk UM.
Tetiba
dengan kekecohan Wong atas pentas Konvo ni, branding UM pun terganggu gugat.
Issh Wong
ni. Kenapa la kau pilih Konvo UM untuk buat hal.
Apa komen
yang kita dengar?
Wong tak
hormat acara istiadat. Wong “silap Forum” untuk angkat placard tanda protes.
Wong ni biadap betul la.
Ye ke Wong
kacau acara Konvo tu? Cuba playback Video tu. Macam tak kacau pun “flow”
student ambek ijazah. Tapi sebab tak pernah dibuat dek orang, terus la perbuatan
Wong yang mengejut ni jadi Isu Negara.
Kat pentas
Konvo tu, ada yang pernah menari pun kalau amek Ijazah “Seni” – tapi tak kecoh pun
masa tu.
Sebab apa
isu Wong ni jadi Isu Negara?
Sebab VC UM
terus buat laporan polis. Lepas tu Beliau terus sunyi sepi macam duk dalam
hutan takde wifi. Tak ada bunyi langsung daripada VC atau pegawai dari UM. Eh
how come like this one?
Rata-rata
ramai salahkan Aktivis Student UM tu kerana bersuara. Dah namanya pun aktivis,
kalau senyap memang tak layak la jadi aktivis. Kalau senyap jer, baik jadi
Librarian, jaga jilid buku jer.
Oklah, Wong
salah. Tak kesahlah, yang dia dah cuba macam-macam untuk “berbicara” dengan VC
tu – tapi tindakan dia ditolak tepi, cam sampah.
Kalaupun Wong
buat salah, tegurlah la dia cara elok. Kenapa buat Laporan Polis?
Alahai, kalau
playback video dia kat stage tu – tak sampai 5 saat pun dia bukak banner tu pas
tu dia turun tangga. Tak kacau pun acara konvo tu. Yang dikacau, hanya perasaan
dan minda orang Melayu.
Orang Melayu
Sentap, sebab anak Cina ni Biadap. Anak Cina ni ada brani nak memperjuangkan
sesuata yang dia anggap tak betul.
Tapi kan, dalam
Kesentapan Orang Melayu, kenapa orang-orang yang Penting dalam hal ehwal
pelajar ni senyap? Kenapa yang sebok nak berbicara dengan si Wong ni Media
Alternatif, bukan Arus Media Perdana – padahal ini isu Negara. Isu Nasional.
Pasepa semua orang senyap?
Apa maksudnya
semua ni?
Saya nak
cakap berlebih-lebih pun nanti salah. Nanti jadi isu perkauman. Nanti kata tak
support University Terunggul di Malaysia. Nanti kata saya support DAP.
So, macam nilah..
Apa kata kita
cadangkan VC tu buat something. Sebab dah pikul pangkat VC kan, nak bagi
Student hormat sikit, kenalah Gentleman sikit. Kenalah berlaku adil. Bukannya
campak semua masalah kat polis.
Semua permasalahan,
ada jalan keluar. Tapi, bukan dengan cara mendiamkan diri. Jangan nanti, Apabila dah merah, kunyit
salahkan kapur, kapur salahkan kunyit.
Sekian,
terima kasih.
0 Comments