Mahasiswa yang berdepan dengan kesempitan seharian dari segi kewangan dialu-alukan untuk memohon bantuan zakat. Datuk Seri Dr Mujahid menyatakan bahawa penyaluran bantuan zakat sudah diterima oleh ramai mahasiswa.
Berdasarkan kajian dan pemantauan yang dilakukan, rata-rata mahasiswa bergelut dengan beban untuk membayar kos rumah sewa yang secara amnya mahal untuk mereka. Datuk Seri Dr Mujahid berkata bahawa pihaknya memerlukan maklumat yang lebih terperinci untuk tentukan jenis bantuan untuk mahasiswa.
Selain itu, terdapat banyak kategori bantuan zakat yang disediakan bagi membantu mahasiswa. Tumpuan penyaluran bergantung pada pengumpulan maklumat yang diperoleh supaya pihak Jejak Asnaf dapat bertindak membantu mahasiswa dengan segera.
Program NADI 2019 yang berlaku selama empat hari menghimpunkan hampir 30 universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk memberi pencerahan tentang konsep Rahmatan lil Alamin. Tambahan lagi, Majlis Agama Islam Melaka turut membantu mendapatkan penginapan lebih selesa kepada mahasiswa daripada berkongsi rumah sewa secara beramai-ramai.
Sumber: Berita Harian
0 Comments