Maruah Melayu Tergadai?







Saya Melayu. Melayu yang keliru dengan keadaan semasa yang agak kelam-kabut dengan macam-macam perhimpunan rakyat. Melayu yang pening dengan Kepimpinan Melayu yang tidak stabil dan kelihatan berpuak-puak. Saya Melayu yang sudah hilang kepercayaan dan tak nampak ke mana arah tujuan mutlak.
1.    Lepas Himpunan Perpaduan Ummah 14 September, saya rasa diri saya ni cam Kafir Harbi, sebab tak support PASUMNO.
2.    Lepas Kongres Maruah Melayu 6 Oktober, saya rasa maruah pulak tergadai.
3.    Lepas Himpunan Bangsa Malaysia pada 26 Oktober ni, saya dah tak tau apa nak rasa.

Dah kebas, dah konfius sebab dah macam-macam diperkatakan pasal Melayu. Malas la, banyak makan dedak la, rent seekers la… Yang latest, maruah tergadai. Adoi, perit rasa hatiku.
Saya tak tau la apa maksud sebenar Maruah Tergadai. Yang saya faham, Melayu memang suka berpecah-belah. Belajar dari mana, I oso dunno. Kafir tak macam ni. Yahudi tak macam ni.
Orang lain reti saling tolong-menolong. Faham maksud Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah– sampai la Yahudi berjaya mengawal ekonomi dunia. Tak payah nak marah sangat la kat Soros tu. Empayar dia terlalu besar. Dah terlalu hebat di mata dunia.
Cina pun sama. Cina suka tolong Cina. Cina Lee Kuan Yew yang kena tendang daripada Malaya sebab nak pertahankan “Malaysian Malaysia” pun dah berjaya tingkatkan Singapura ke tahap “First World Status” dalam masa 50 tahun sahaja. Tak kesahlah kalau Yahudi yang tolong. Janji duit depa dah tiga kali duit kita.
Cerita Malaysian Malaysia ni kan dah lapuk ditelan zaman. Ni cerita zaman Lee Kuan Yew, zaman 60-an. Yang penting, bukan pasal kaum. Yang penting, kita ni ada arah tujuan. Ada objektif hidup. Dan hari-hari bangun tidur untuk capai cita-cita. Bukan saling jahanam-menjahamkan.
Tapi kita ni Melayu, tak habis-habis nak memperjuangkan Hak melayu la, Hak Bumiputera la dan sebagainya. Bukan nak kata tak boleh, tapi macam dah tak ada story lain. Macam dah kehabisan modal. Asyik-asyik cerita ulang tayang Hak Bumiputera dan Perlembagaan. Oh bosan. Sampai ke sudah cerita Islam terancam, hak Melayu dilucut ni tak akan selesai, selagi, Melayu sendiri dok bergaduh, dok dengki-mendengki, dok suka sangat jatuhkan kaum sendiri.
Dari dulu lagi, Melayu ni memang tak boleh tengok orang pandai sikit dari dia. Pantang tengok orang senang. Kalau tengok rakan sekerja bawak keta import, confem duduk tak senang, tidur tak lena, mandi tak basah. Ngaku diri Islam konon, tapi suka nak persoalkan rezeki orang. Tak faham langsung konsep Rezeki itu Allah yang aturkan.
Mesti nak cucuk Boss, kasi jatuh kawan sendiri kat ofis, supaya dia pulak boleh naik pangkat. Tuan punya badan malas keje. Datang ofis awal tapi terbongkang tidur kat TOTO dulu. Otak pun tak berapa nak geliga. Yang boleh dibuat hanya cari kesalahan orang lain. Kalau tak ada salah, dia akan reka cipta pulak. Suka nak jadi kaki bodek, kaki kipas, kaki membusukkan orang lain supaya dia boleh maju ke depan.
Itulah dia Melayu jati. Tak kisahlah kat mana pun, kebanyakkannya berkembang luas GLC sebab lebih daripada 90% Demographi Melayu. Yang jual nasi lemak, nasi ayam, keropok lekor pulak, suka santau menyantau.
Adoiii, tak taulah nak cerita. Memang kebanyakannya tak nak tolong orang sendiri. Nak marah kat Tun kata Melayu malas, tak suka keje pun tak boleh. Sebab ada kesahihannya. Memang tak salah ayat maruah tergadai tu.
Dah kalau Melayu sendiri masih berpegang utuh kepada konsep “Berkerat rotan berpatah arang” memang tak ke manalah arah tujuan kita.





Post a Comment

0 Comments