Minta Rasuah Demi Dana Politik


Saksi tampil beri keterangan terhadap bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad atas pertuduhan meminta suapan rasuah daripada Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB) berkaitan dengan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Saksi ke-16 iaitu Ikhwan Zaidel, Bekas Ahli Lembaga Pengarah GAPSB, memberitahu bahawa suapan rasuah itu mahu digunakan sebagai dana politik oleh Mohd Isa. Perbicaraan kes pecah amanah dan sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta dihadapi Mohd Isa bagi pembelian MPHS adalah keterangan saksi yang dibaca di hadapan Hakim Mohd Nazhan Mohd Ghazali.

"Pemberian RM3 juta kepada Mohd Isa melalui Pegawai Khas kepada Mohd Isa iaitu Muhammad Zahid Md Arip, tidak dimaklumkan kepada Ahli Lembaga Pengarah GAPSB lain."

"Bayaran kepada Mohd Isa dibuat melalui Muhammad Zahid apabila FICSB mula membuat bayaran kepada GAPSB selepas pembelian MPHS," kata Ikhwan Zaidel.

"Menurut pemahaman saya Mohd Isa meminta suapan melalui Muhammad Zahid untuk kegunaanya sendiri."

Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments