UMNO PECAH DUA? PRESIDEN UMNO TERANG-TERANG TERGUGAT DENGAN 3 AMIGOS

Sumber: Astro Awani

Zahid Komedi dah start melatah. Dalam menghadapi kes-kes dakwaan berat yang melibatkan penyelewangan kuasa dan wang, Zahid berkata yang dia ingin PENGKHIANAT MELAYU disingkir UMNO. Zahid mungkin lupa yang dialah pengkhianat Melayu yang original semasa memberi kontrak berbillion kat bangsa lain dan menjadi dalang kemasukkan berjuta-juta Bangla semasa dia berkuasa. Tapi itu lain kali kita cerita.

Ini cerita takutnya beliau dengan 3 AMIGOS dari UMNO iaitu TOK MAT, KJ dan HISHAMUDDIN. Mereka ini menjuangkan UMNO yang lebih progressif dan bukannya UMNO yang berlatarkan naratif perkauman dan agenda PAS.

Tak boleh dinafikan yang UMNO akan bersifat lebih dinamik jika ia praktikan sistem yang berdasarkan kesederhanaan dan bukannya ekstrimisme. Dari segi pimpinan pun memang inilah yang diperlukan untuk memajukan parti dan kaedah politik Melayu yang makin tidak sihat.

Tetapi kini agama ditunggang dan Melayu dipermain. Agama adalah pegangan spiritual dan bukannya batu lonjakan untuk berkuasa.  Melayu pula asyik disuap kebencian untuk matlamat politik individu. Matlamat politik Zahid dan Najib.

Tetapi Zahid Komedi ingin UMNO dibelenggu sifat fanatikal yang akan memudaratkan negara dan keharmoniannya kerana inilah strategi politik yang makin meraih sokongan. Naratif kebencian yang akan memudaratkan negara.

Tak kisahlah si Zahid kalau negara musnah pun. Yang penting dia dan rakan pencuri-pencurinya akan berkuasa semula untuk mengambil lebih banyak harta rakyat. Ramai dalam UMNO mahukan yang sebaliknya maka MURKALAH SI KOMEDI PONOROGO NI kerana ianya tak sejajar dengan cita-cita rakus beliau.

Tapi mereka yang mahukan pembangunan ini dilihat sebagai pengkhianat dan Zahid Komedi ingin mereka dipecat kerana ZAHID rasa tergugat dan risau yang  mereka (3 Amigos) akan mendapat sokongan yang meluas.



Harap-harap 3 AMIGOS kita ni dapat memulihkan UMNO. Untuk Melayu. Untuk Islam. Untuk Semua.

Post a Comment

0 Comments