Padahal masa
PRU14, kita semua ramai-ramai keluar undi Pakatan Harapan sebab dah tak larat
dengan Kleptokrasi Bossku. Semuanya geram kan duit rakyat kena rompak. Satu
Malaysia malu dengan perangai Penyamun yang dah kenyang dengan duit 1MDB. Tak
pasal-pasal Malaysia jadi femes. Siapa tak kenal Najib Razak. Rosmah Mansor.
Jho Low. Riza Aziz? Siapa tak tahu pasal “The Worlds’ Biggest Financial Scandal”.
Hanya Katak Bawah Tempurung je yang tak tau.
Hanya Katak Bawah Tempurung je yang tak tau.
Waktu PRU
dulu, sampai jadi buat mulut orang ramai, tak kesah la siapa pun jadi PM, janji
bukan Najib. Tak gitu? Tak timbul pun isu kaum, kau Cina ke, kau India ke, kau Melayu ke? Masa tu, takde hal pun. Yang jelas,
tolak UMNO.
Maka dengan
persefahaman yang tu jugak la, UMNO akhirnya tewas buat julung kalinya sejak
Merdeka. Tersungkur. Tersembam ke tanah. Gelap terus masa depan UMNO. Kesian kat
arwah Tunku. Sure dia kecewa kan.
Pada masa yang sama, satu Malaysia bersorak kegembiraan. Ingat lagi tak? Malam yang penuh suspen tu? Ada yang tak tido malam la tunggu results kan. Semua tunggu Najib masuk Jail, makan bubur dengan Kak Mah.
Jom ulangkaji
jap.
Pakatan
Harapan ni Parti Melayu jer ke? Eh tak
lah. Pakatan Harapan ni kan terdiri dari Parti Pribumi, DAP, PKR, Amanah. Ohh
ye ke, maksudnya apa ye?
Ada Cina?
Ada India ke?
Betul tu.
Ada Cina. Ada India. Bukan Melayu sahaja. Maka dengan kekuatan pelbagai kaum tu
lah, kita semua jatuhkan parti Penyamun Malaya yang dah kenyang dengan duit
1MDB yang boleh menyara sampai tujuh keturunan Orang Kaya Indera Shahbandar tu.
Bila Pakatan
Melayu-Cina-India ni pegang kuasa kat Parlimen, UMNO dah tak senang duduk. Bontot
panas sentiasa. Macam ada semut api merah gigit-gigit dalam seluar. Sebab tulah
agaknya Hishamuddin ni buat hal baru. Nak bagi kucar-kacir sikit Malaysia yang
aman damai ni.
Tolak DAP. Tolak
Amanah konon. Boleh blah.
Kau ni dah kenapa kazen Najib? Yang kau sebok sangat nak promote Racism ni kenapa?
Racism ni
pulak dah jadi macam wabak pulak. Macam rebut topan. Kencang betul Ultra Melayu
ni mencanang Hak Melayu Terancam. (nak menyumpah ni, tapi tahan emosi jap).
Baru-baru
ni, ada pulak pelajar UM yang berani bersuara masa Konvo. Kecoh satu dewan.
Kecoh satu negara. Berita tergempar sekali lagi. Tak pernah dalam sejarah Malaysia
benda-benda cam ni berlaku.
Persoalannya, kenapa Isu Racism ni dah menular sampai tahap yang tak boleh dikawal? Kenapa perpecahan dan persengketaan yang didorong?
Walhal kita
sama-sama undi Pakatan Harapan tahun lepas kan? Sebab nak TOLAK NAJIB! Kalau
dah sepakat bersetuju dengan “Inclusive Politics” kenapa sekarang ni Politik harus pilih warna kulit? Pilih agama? Pilih
bangsa pulak tetiba ni?
Tak taulah
nak cakap dah. Dah jadi macam wabak penyakit berjangkit yang belum ada penawar.
Kalau tak terkawal jugak, makin mundur la negara Melayu kita ni. Asyik-asyik
nak gaduh tak habis-habis. Negara lain maju ke hadapan, kita ni asyik gostan.
“Nenek moyang
Kaya-raya, tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa di antara kita, cita
lenyap di arus zaman” – Anak Kecil Main Api.
2 Comments
Admin tau ke apa matlamat DAP bila mendapat kuasa, tau ke admin berapa banyak kampung baru cina yang sudah wujud di malaysia, berapa banyak persatuan cina wujud di malaysia admin kajilah sendiri apa tujuan ini semua
ReplyDeleteNak buat ulasan atau pandangan pun biarlah bijak ,ada fakta ada status kes terkini,status pbicaraan .. Jangan nampak sangat berat sebelah.. Ketara nampak tu admin.
ReplyDelete