KENAPA TOLAK PH SEDANGKAN KERAJAAN BN DULU LAGI TERUK


Makin lama makin ramai rakyat Malaysia yang hanyut dengan arus dan dakyah BN yang cuba menyakinkan rakyat Malaysia yang kerajaan PH tidak berkebolehan berbanding dengan Kerajaan BN. Sebenarnya kalau dilihat secara amnya, 

1)    Harga minyak petrol lebih murah berbanding di zaman BN.

2)    Harga rumah mampu milik ditetapkan pada hari maksima RM300k berbanding dengan zaman BN dimana rumah mampu milik yang tidak mempunyai had harga telah mencecah RM400k dan lebih.

3)    Hutang negara semasa PH mengambil alih adalah pada jumlah RM688 billion. Kerana keadaan defisit kewangan tersebut TIDAK MASUK AKAL jika hutang secara tiba-tiba berkurangan kerana negara telah mengalami kerugian teruk. Untuk menjalankan negara tanpa meruntuhkan ekonomi negara kerajaan PH juga terpaksa berhutang. Bukan untuk manfaatkan mana-mana indivdiu tetapi untuk menyelamatkan negara yang dalam keadaan genting. Aset pun terpaksa dijual untuk menutup lubang BN. Projek yang dimulai BN pula disambung dan bukan dibatalkan kerana pembatalan akan melibatkan kos yang lebih tinggi. Ini bermakna kerajaan akan menambah lagi hutang kerana sikap boros dan songlap kerajaan dulu.

4)    Usahawan kini tidak lagi dibelenggu sistem kroni. Kini semuanya adil mengikut sistem merit dan tender secara adil. Ini juga bermakna lebih ramai syarikat akan boleh berjaya dalam situasi ekonomi sedemikian. 

5)    Kebebasan bersuara juga dilebihkan dibawah kerajaan PH berbanding dengan BN dulu. Mungkin inilah kelemahan kerajaan kini kerana memberi kebebasan bersuara tanpa risiko hukuman tidak seperti dulu. Perdana Menteri dikutuk dan dihina tetapi tiada yang diseret ke mahkamah. Tetapi kebebasan ini menjadikan angkatan berita palsu lebih berani kerana perlakuan mereka tidak mempunyai akibat. Tapi inilah harga kebebasan. Jika kebebasan ini ditarik balik, apa beza PH dan BN.

6)    Perpaduan dan kesefahaman di juangkan tapi dicemuh dengan naratif konservatif BN. Memang diakui ada dikalangan pemimpin PH yang sepatutnya lebih peka kepada iklim keharmonian tetapi sama juga seperti pemimpin BN, ada yang baik dan ada yang buruk.  

7)    Lebih banyak polisi kemasyarakatan yang kini digubal untuk pelbagai kategori masyarakat seperti golongan B40 yang lebih terpelihara, golongan ibu tunggal yang didorong dari segi sosial dan keusahawanan, polisi pembangunan masyarakat, usaha untuk meningkatkan lagi keadaan PPRT, meningkatkan jumlah peluang pekerjaan dan macam-macam lagi usaha gigih untuk memantapkan ekonomi dan keadaan sosial negara yang sebelum ini ditolak tepi kerajaan Barisan Nasional dijuangkan PH. 

Jadi kalau ditanya teruk sangat ke kerajaan PH. Jawapannya senang. Seteruk-teruk kerajaan PH teruk lagi kerajaan BN yang hanya menyuap biawak-biawak hidup belaannya. 

Post a Comment

0 Comments