Ketua Pembangkang dan Sekutunya Bantah Bantuan B40, OKU dan Kanak-Kanak

Sumber Imej: AIRTIMES

Dalam keghairahan berpolitik usah kita lupa matlamat sebenar kita duduk di dewan parlimen. Ianya bukanlah untuk kita menjaga kepentingan sendiri tapi memperjuangkan kehendak dan keperluan sejagat. Baru-baru isu kelulusan Rang Undang Undang Perbekalan 2020 telah menjadi isu kerana seramai 28 ahli parlimen pembangkang telah meletakkan undi tidak setuju terhadap RUU Perbekalan 2020 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM). Timbalan Menterinya Hannah Yeoh pun marah. Mana tak? Beliau bersungguh nak menolong rakyat. BN pula bersungguh TAK NAK tolong rakyat.

Orang-orang lama macam Ketua Pembangkang Ismail Sabri dan Azeez Rahim pun TAK BERSETUJU dalam isu RUU ni. Admin pelik. RUU Perbekalan 2020 ni adalah untuk membantu orang miskin, orang OKU dan kanak-kanak yang memerlukan. Namun 28 ahli parlimen PAS, MIC dan UMNO bertindak untuk membantah sebuah Rang Undang-Undang yang digubal untuk melindungi kepentingan segmen rakyat yang amat memerlukan bantuan.

Tipikal sungguh perangai. Kalau nak menang PRK, korang ke hulu ke hilir menjerit PEMBANGUNAN UMMAH LAH, PANDUAN MORAL TERBAIKLAH dan macam-macam lagi ‘marketing talk’ untuk menangkan kerusi yang ditandingkan. TAPI bila rakyat memerlukan engkau untuk menyokong mereka melalui RUU yang mampu mengubah kehidupan golongan B40….korang buat perangai ‘ORANG KAYA ELITIST. Dibawah adalah list ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan RUU Perbekalan 2020;

     1) Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang - PAS)
2) Wan Hassan Mohd Rami (Dungun - PAS)
3) Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik - PAS)
4) Wee Ka Siong (Ayer Hitam - MCA)
5) M Saravanan (Tapah - MIC)
6) Mahdzir Khalid (Padang Terap - UMNO)
7) Annuar Musa (Ketereh - UMNO)
8) Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas - UMNO)
9) Ahmad Jazlan Yaakub (Machang - UMNO)
10) Ahmad Hamzah (Jasin - UMNO)
11) Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi - UMNO)
12) Nizar Zakaria (Parit - UMNO)
13) Mohd Salim Sharif (Jempol - UMNO)
14) Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar - UMNO)
15) Ismail Sabri Yaakob (Bera - UMNO)
16) Noh Omar (Tanjong Karang - UMNO)
17) Noraini Ahmad (Parit Sulong - UMNO)
18) Shamsul Anuar Nasarah (Lengong - UMNO)
19) Ismail Mohamed Said (Kuala Krau - UMNO)
20) Ahmad Maslan (Pontian - UMNO)
21) Abdul Rahman Mohamad (Lipis - UMNO)
22) Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling - UMNO)
23) Hasbullah Osman (Gerik - UMNO)
24) Ahmad Nazlan Idris (Jerantut - UMNO)
25) Jalaluddin Alias (Jelebu - UMNO)
26) Adham Baba (Tenggara - UMNO)
27) Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar - UMNO)
28) Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands – UMNO

Ramai dari MP yang disenarai disini MASIH belum membantu kawasan mereka membangun. Lagi menyedihkan banyak kawasan dibawah MP yang tersenarai masih mempunyai golongan B40 yang tinggi. TAPI!!

Ahli Parlimen Barisan Nasional dan PAS tidak setuju dengan RUU yang MAMPU MEMBANTU RAKYAT B40, OKU dan KANAK-KANAK

Ramai ahli parlimen Barisan Nasional dan PAS yang konon-kononnya bermotivasikan PANDUAN MORAL ISLAM sebenarnya hanya gila kuasa TANPA MENGENDAHKAN KEHENDAK DAN KEPERLUAN RAKYAT. Nasib baik RUU diluluskan kerana mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen PH.

Inilah perangai BN sebenarnya. Perangai yang hanya fikirkan diri sendiri. Perangai yang sudah sebati dengan jiwa politik mereka.

Post a Comment

0 Comments