Pasca Tanjung Piai: Hanyut Dengan Sentimen Ke Inginkan Perubahan?


Tanjung Piai adalah pentas yang simbolik. Pentas yang telah menjadi tempat rakyat bersuara dengan terang dan jelas. Ramai yang mengatakan kekalahan PH adalah akibat rakyat di Tanjung Piai hanyut dengan sentimen. Ada pula yang melakarkan gambaran bahawa taktik yang digunakan pembangkang amat berkesan sehingga warga Tanjung Piai telan bulat-bulat dan hanyut dengan agenda politik longkang.

Ada juga yang membayangkan penduduk Tanjung Piai tidak pasti siapa yang berdiri di menara pucuk pimpinan Barisan Nasional. Andaian-andaian seperti ini mungkin boleh dipercayai jika penduduk Tanjung Piai tidak pandai dalam menilai apa yang betul dan salah dan TIDAK hidup di era dimana kekuatan politik dijana dan didaya kelantangan media sosial. Penduduk Tanjung Piai bukan orang kampung yang serba jahil dan serba tak tahu. Seramai 40 ribu penduduk Tanjung Piai telah berjaya mengegarkan tiang keyakinan Pakatan Harapan.

Di sini mulalah majlis menuding jari yang tak sudah. Semua sebab yang diberi tidak langsung menangani masalah sebenar yang dihadapi Pakatan Harapan. Pakatan Harapan kini kurang mendengar rintihan rakyat. Pakatan Harapan sendiri hanyut dengan kepercayaan mereka sendiri. Pakatan Harapan makin ‘buta realiti’.

Realitinya, Pakatan Harapan alpa dengan agenda sebenar yang perlu ditegakkan. Rakyat memilih Pakatan Harapan di PRU 14 kerana inginkan perubahan. Bukan sekadar polisi-polisi pembangunan ekonomi dan infrastruktur baru tetapi falsafah kepimpinan yang baru. Jalinan masyarakat yang lebih mesra dan lebih akur kepada keperihatinan sejagat. Pakatan Harapan harus sentiasa ingat rakyat kini bukan sekadar memilih individu atau janji manis yang dilempar tanpa malu tapi FALSAFAH KEPIMPINAN yang menarik dan menyegarkan.

Harus juga diingati yang kejatuhan Barisan Nasional di PRU 14 adalah kerana mereka tidak mengendahkan kemahuan dan kehendak rakyat yang inginkan ketelusan dan kejujuran. Mereka menyindir dengan sinis semasa rakyat mengalami kesusahan. Akibatnya MEREKA DIUNDI KELUAR. Inilah realiti masyarakat hari ini yang mempunyai akses maklumat dan boleh mempertimbangkan baik buruk sesebuah parti. Pendek kata rakyat Malaysia makin hari makin CELIK POLITIK.

Strategi politik PH yang mencanang ‘aspek pemilihan secara praktikal’ sudah lapuk. Realitinya, aspek pemilihan praktikal  tidak lagi mempunyai tempat di arena politik negara. Rakyat inginkan apa yang mereka inginkan. Sebuah kerajaan HARUS memahami isi hati rakyat. Sebuah kerajaan HARUS akur dengan kehendak rakyat. Sebuah kerajaan HARUS intiutif dan empatik. Inilah yang diinginkan rakyat. Sebuah kerajaan yang cukup berani untuk mengatakan KAMI MEMAHAMI ANDA.

Ianya adalah harapan semua yang Pakatan Harapan dapat mempelajari dari kesilapan mereka di Tanjung Piai. Usah membazir tenaga dengan menuding atau menyusun jari. Strategi kini amat mudah. Pemimpin adalah rakyat juga. Aplikasi diri dan betulkan yang salah.

Ok Reboot and Continue.

Post a Comment

0 Comments