Apa Cerita Hishamuddin Ni Sebenarnya?

Sumber Imej: Thecoverage

Admin konpuis. Hishamuddin ni duk sebelah mana sebenarnya? Semua isu ni bermula pabila Abam Sham telah kerumah Azmin Ali untuk mendiskas isu-isu semasa. Ada yang mengatakan Abam Sham juga telah menjadi orang tengah yang telah menjemput beberapa MP UMNO ke rumah Abam Jemin. Antara MP BN yang telah hadir dirumah Jemin ialah Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Maran), Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Hasbullah Osman (Gerik), Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Datuk Jalaludin Alias (Jelebu), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) dan Datuk Noriani Ahmad (Parit Sulong).

Banyak soalan yang timbul setelah ‘mesyuarat’ ini terjadi. Soalan yang paling kedengaran ialah…WHY? Kenapakah mesyuarat sebegini terjadi? Kenapa sekarang? Kenapa MP BN jumpa Jemin? Adakah ianya ada kena mengena dengan Anwar? Kalau ya kenapa? Kerana seribu satu soalan yang timbul maka tuduhan telah dilemparkan kearah Hisham yangbeliau disyaki murtad dan menyebelahi kerajaan PH. Abam Sham kata tak pun. In fact dia kata DIA TIDAK MEMPUNYAI APA-APA UNTUK DISEMBUNYIKAN. Tapi orang UMNO tak percaya. Maka sebab mereka tak percaya, Abam Sham telah disuruh menghadap Lembaga Displin UMNO yang dipengerusikan bekas Peguam Negara Apandi Ali.

Dua kali dibatalkan perjumpaan dengan Abam Sham dengan Lembaga Displin kerana sebab-sebab tertentu. Kali ketiga sepatutnya jadi baru-baru ni TETAPI DITUNDA JUGA…Akhirnya selepas pembatalan kali ketiga  Pengerusi Lembaga Displin UMNO Apandi Ali terus berhenti 24jam. Beliau juga telah menyatakan dalam posting media sosial yang dia mahu dimangsakan. “SAYA TIDAK RELA DIJADIKAN SEBAGAI KUDA TUNGGANGAN. MARUAH SAYA LEBIH PENTING DARIPADA JAWATAN,” kata Apandi Ali. Rupanya Zahid Hamidi dan Annuar Musa sengaja tak hadir ke perjumpaan. 3 kali cancel so Lokman Adam pun meletup. MELETUP KE TAHAP MENUDUH ZAHID HAMIDI SENGAJA MELENGAHKAN PERJUMPAAN DENGAN ABAM SHAM.

So apa cerita si Abam Sham. Banyak teori dilemparkan tapi teori yang paling dilayan ialah beliau inginkan penyatuan parti-parti Melayu dari kedua-dua belah. Beliau menafikannya. Yang pasti ini semua mengelirukan rakyat. Adakah ini hanya permainan politik UMNO yang ingin memecah belahkan perpaduan negara atau satu komplot politik yang tidak sejajar dengan semangat sistem elektorat sebuah negara demokrasi.

So kalau soalannya timbul, apakah motif Hishamuddin Hussein…jawapannya buat masa ini ialah TAK TAHULAH LABU…

Post a Comment

0 Comments