Sumber Imej: asiaone
Memang sudah menjadi lumrah apabila isu 1MDB
diketengahkan ramailah yang akan berdiri dengan nafas hembusan marah dan
mengatakan yang Najib tak bersalah. Najib difitnah. Najib hero Melayu. Yang
ramai lupa sebelum Najib ni Hero Melayu dia dulu Champion Cina dan dijadikan
boneka Jho Low. Ramai juga masih enggan percaya walaupun telah menjadi
testimoni mahkamah yang Jho Low adalah kenalan keluarga Najib. Ramai juga akan
mengatakan yang Najib ni tak bersalah dalam isu penyelewangan duit negara
walaupun RM140juta dirampas dari rumahnya. Itu hanya rumahnya.
Logiknya disini mudah. Najib pernah menjadi
Perdana Menteri. Najib pernah menjadi Menteri Kewangan. Najib juga ahli Lembaga
1MDB. Selepas beliau ditendang keluar dari Putrajaya, jumlah duit negara berada
pada tahap defisit (kekurangan). Hutang negara semasa itu pada tahap RM650b.
Hutang negara tinggi tu biasa la tapi bila akaun bank negara dah kosong itu
lain ceritanya. Ini bermakna apabila kerajaan PH mengambil alih situasi, mereka
terpaksa mengambil sebuah rangka kosong yang tidak berduit.
Maka
kerajaan PH pun terpaksa membuat pelan untuk memulihkan keadaan. Jangan lupa
keadaan ini timbul kerana duit 1MDB dah habis dan kerajaan BN telah cuba untuk
membelanya keluar dari hutang yang banyak. Lepas tu 1MDB hutang duit dengan
IPIC ( International Petroleum
Investment Company)
selepas ianya menjamin bon sebanyak RM14b
untuk membayar pembelian sebuah stesen janakuasa. 1MDB tak dapat bayar pastu
berhutang la. Skandal ini juga menyebabkan duit KWAP (Kumpulan Wang Persaraan)
sebanyak RM4b dipinjam dan tak dibayar balik pastu Tabung Haji dipaksa beli
tanah dengan harga mahal dari 1MDB (masa 1MDB beli murah je) kerana kekurangan wang. 1MDB ni syarikat
kerajaan. Ianya adalah untuk kononnya kebaikan rakyat. TAPI yang terjadi ialah
Jho Low berparti dengan Paris Hilton, Mirinda Kerr dibelikan barang kemas gila
mahal, beli kapal, membuat filem lucah dan macam-macam lagi sehingga 1MDB takde
duit. Kerana ianya sebuah syarikat kerajaan maka kerajaan terpaksa membelanya
kerana duit dah habis digunakan untuk membeli arak, perempuan dan pelbagai lagi
dosa dan noda yang ada didunia.
Kerana ini duit alokasi untuk kategori miskin
B40 terpaksa dikurangkan kerana kerajaan terpaksa berhutang lagi banyak untuk
adakan balik duit dalam akaun negara. Tapi Najib bising bila aset dijual (BN
dulu jual lagi banyak aset kot tapi itu cerita hari lain), bila hutang negara ditambah
dan perjanjian dengan negara China diperbaharui. INI SEMUA TERPAKSA DILAKUKAN
UNTUK MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA. Jangan lupa masa zaman Najib dulu sekitar 2016
keadaan kadar pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) hanya 6.5% berbanding
8.1% pada akhir 2018. Ingatkan je kalau lupa. Baru tahun ni la baru start nak
ok sikit. JANGAN LUPA..PROSES PEMBAIKAN SEMULA EKONOMI SELEPAS DIJAHANAMKAN
NAJIB AKAN MENGAMBIL BANYAK TAHUN JUGAK NAK BAIKPULIH. MACAM KORANG JUGAK LA
SELEPAS DAH KOSONGKAN AKAUN SIMPANAN NAK ISI BALIK TU LAMA LA SIKIT KOT. SO
TOLONG SABAR SIKIT.


0 Comments