MEDIA PRIMA DULU KUDA NAJIB, KUDA PRU13.

BRANDING MANAGER NAJIB – MEDIA PRIMA


Tok Mat baru-baru ni mengajukan isu dimana beliau mengatakan “Janji Sejuta Kerja Tapi Hakikatnya Ribuan Hilang Pekerjaan”. Sebab Kerajaan bertindak untuk mengurangkan Penjawat Awam sebanyak lima peratus.

Pembangkang jadikan isu ini bahan letupan terbaru. Oh bosannya.

Semalam pulak kecoh pasal tindakan Media Prima mengurangkan tenaga pekerja mereka. 500 orang diberi surat pemberhentian kerja. So what, man?

Benda ni sebenarnya normal. Tak payah kecoh sangat. Pekerja-pekerja bank dari lima tahun lepas dah lama kena buang disebabkan “AUTOMATION”, “DIGITISATION” – tapi tak la sekecoh Kumpulan Media Prima ni. Kampung betul la, ayam bertelur pun kalah.

Jom Imbas Kembali Zaman Media Prima di bawah Pucuk Pimpinan DUMNO.

Media Prima di zaman Najib dulu banyak mendapat kontrak terus dari Jabatan Perdana Menteri Rosmah untuk mengendalikan kehendak komunikasi Najib dulu semasa Media Prima dibawah CEO Ahmad Farid Ridzuan. Farid, juga pernah dilantik sebagai ‘ahli tetap’ PASUKAN KOMUNIKASI NAJIB’. Dia ada Pejabat kat JPM.






Pada zaman kegemilangan NAJIB, Farid dilantik sebagai PENGURUS JENAMA Najib Razak dan Malaysia. Maka timbullah benda-benda bodoh macam Satu Malaysia. Haaaaa, kalau nak tau sejarah laaaa.

Farid memang kaya-raya. Siap kawin baru lagi. Siapa tak tau rumah Farid yang berekar-ekar kat Janda Baik tu. Depan rumah ada anak sungai… Aaaahh, macam Syurga, ok!

Beratus-juta Ringgit Malaysia dibelanja semasa PRU13. Beratus juta DUIT RAKYAT dibazirkan begitu sahaja tanpa keputusan apa-apa pun. Last2 Najib TUMBANG. Contoh utama adalah KEMPEN JANJI DITEPATI, eh jap, JANJI DICAPATI. 

Farid jaga Rosmah baik punya. Sampaikan Rosmah berjalan pun Si Farid ni jalan pegang tangan sebab takut Rosmah jatuh. Keakraban beliau membolehkan Farid mengawal bekas editor Utusan Malaysia Datuk Khalid semasa beliau menjadi pemantau kempen Janji Ditepati.

Sampai harini admin tak dapat jawapan yang memuaskan…JANJI APA YANG DITEPATI? Pala hotak hang la.

Masa zaman kegemilangan Najib – MEDIA PRIMA kaya raya. MEDIA PRIMA memang top la masa tu. Siapa tak hingat????Senang cerita Media Prima hidup dulu sebab Farid Ridzuan rapat dengan Rosmah.! Macam-macam program ada. Jom Heboh la, Jelajah One Malaysia la, Konsert PSY Gangnam Style la. Mana datang duit tu, 1MDB ka?

Masa tu, Kumpulan Media dijadikan ‘alat’ Barisan Nasional seperti Utusan Malaysia. Syarikat-syarikat dipaksa membeli iklan yang harganya berpuluh-puluh ribu, demi menjaga nasib pekerja-pekerja yang sebenarnya, Boss-Boss dah tau, tak boleh survive sebab Era Digital ni dah menguasai dunia. Tapi mereka buat DUNNO jer.

Zaman dah berubah. DUMNO tetap bodoh. Itulah hakikatnya. Yang rugi – pekerja-pekerja yang dok makan gaji ni. Tetiba jadi Mangsa, alahai, kesian la pulak kan.

Selepas Najib tumbang, Media Prima pun tumbang. Normal la kan. Putaran hidup kot.

Pejabat kat JPM kena katup. Kena seal. Projek pun lingkup. Ramailah yang hilang kerja. Sebab dah takde siapa nak bagi KONTRAK MERAPU PAKAI DUIT RAKYAT.  Itu jer sebenarnya yang berlaku. Farid rilek, duit rumah best kat Janda Baik, layan bini muda.

Persoalannya kini SALAH SIAPA WARGA MEDIA PRIMA dibuang kerja? Pengganti Farid iaitu bekas Pengarah Urusan Celcom..Mohd Shazali Ramli. Dia pula semasa menjadi Ketua Media Prima telah melancarkan kempen HEBATKAN NEGARAKU yang juga telah membazir beratus juta ringgit. Kesannya BARISAN NASIONAL KALAH. Padan muka!

Sekali lagi, habis lebur beratus juta ringgit. SHAZALI SELEPAS KEKALAHAN BARISAN berhenti dari Media Prima. Kuncu-kuncu dia pun cabut. Last-last Syed Mokhtar selamatkan Media Prima. 

Tapi, UMNO MASIH LAGI PEMEGANG SAHAM MEDIA PRIMA ( 7.96%) melalui proksi UMNO Gabungan Kasturi Sdn Bhd. So, kalau DUMNO rasa hebat sangat, kesian sangat kat pekerja Media Prima, apa kata hangpa pi beli saham Syed Mokhtar to balik.

Ada berani?

Setakat nak cakap ikut kepala lutut hang, semua orang pun boleh, Tok Mat ooiiii!


Post a Comment

0 Comments