Merompak itu TAK SALAH. Jom sokong PENYAMUN HARAM

Rakyat Malaysia ni serba VERSATILE. Maksudnya serba boleh. Sebab tu la dulu Najib cakap MALAYSIA BOLEH. Dah faham dah?

Walaupun dalam seminggu ni kita dikejutkan dengan pelbagai-bagai cerita Rompakan UMNO, tapi kita tetap COOL. Sejuk jer macam mentimun hijau tu. Kita OKAY jerrr.

  1. Kita tak kisah pun Najib bagi Rosmah birthday present sampai RM466,000. Pakai duit apa tu agaknya?
  2. Kita tak kisah pun Wak Jahid pakai duit Yayasan Asnaf untuk beli 20 kereta dan motobike besar. Letak nama anak bini untuk kereta-kereta. Bayar 39 polisi insurans jer setahun sampai RM72,000, Yayasan jugak yang bayarkan.
  3. Da’I Pencetus Ummah pun dah tak kisah cerai isteri tengah hamil menerusi Watsapp Voice Note, pas tu kawin janda anak 8 kat Mekah.
  4. Kita tak kisah pun Azmin terang-terang dah bergaduh dengan Bang Nuar Berahim. Siap sebut Pala Bapak Kau lagi. Kat mana adab.. tak tau la.
  5. Kita tak kisah pun yang Anwar ada kes Sodomi 3.0. Mamat Yusoff tu pun macam tak malu buat SD kat Balai kata kena cabul.
Dan macam-macam lagi DRAMA MINGGU INI –  dah tak larat la nak senaraikan. Sebenarnya, yang ramai kisah dan yang ramai tak happy ialah pasal :-

Nak tol free. Nak PTPTN free. Nak harga minyak 1.50. Nak naik gaji minima. Nak BSH lagi banyak dan kerap. Nak peluang pekerjaan. Nak harga sawit naik, harga getah naik. Nak Bursa Saham melonjak. Nak turunkan segala-segala cukai. Nak tukar Menteri, nak buang Menteri. Nak bubar PARLIMEN. Nak PM baru.

Nak, nak, nak. Sesuka hati jer la kan. Tak kesahla ada masalah dunia ke, takde masalah dunia ke, masalah hutang berlambak ke, hutang 1MDB tak habis bayar ke. Tak kesah.

Kita yang letak PH kat Putrajaya – so sekarang – kuasa di tangan Rakyat. Cewaaaaaaah.

Tak suka kalu, nanti PRU15, confem Bungkus. Woahhhh, hebat la Rakyat zaman sekarang. Berjemaah kata KERAJAAN SEPENGGAL.

Dulu, tak suka UMNO sebab Najib dan Kak Mah banyak merompak. Meluat dengan Jho Low. Meluat dengan 1MDB. UMNO tak pernah-pernah kalah dalam sejarah. Tetiba Kecundang. Terkejut Satu Dunia.

Tapi sekarang hala tuju dah tukar. Ramai dah marah. Menyesal pulak undi PH katanya. Dulu tak nak GST. Dah bubar GST. Marah pulak, sebab harga barang tak turun pun.

Kau ingat tukar sistem cukai tu, senang-senang nak turun harga ke?

Sekarang ramai-ramai dok pakat cakap Kerajaan Sepenggal. Kerajaan Hancing Kencing. Ramai dah kesal dengan huru-hara. Harga barang pun naik melambung-lambung. Gaji pulak tak naik. Problem betul la. Stress.

Kerajaan pulak dah kata Hutang terlampau banyak. Tak boleh nak tolong banyak sangat. Lagi la marah orang kampung kan. Maka dengan itu, seronok la Puak-puak UMNO. Tengoklah poster kat bawah tu.

Sekarang Rakyat dah sokong balik Bossku. BN Da best katanya. Merompak pun merompak la. It’s OKAY. Janji kami dapat banyak benda FREE. Hutang kerajaan naik ke, Malaysia nak lingkup ke, biaq pi la.


JANJI KAMI DAPAT UMRAH FREE.

Post a Comment

0 Comments